Tendang Penyokong : Marseille Tamatkan Kontrak Evra

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra disingkir oleh kelabnya, Marseille selepas pemain itu terbabit dalam serangan ala karate ke atas penyokong sendiri.

Semalam, pemain yang berasal daripada Perancis itu dikenakan kad merah ketika sesi memanaskan badan, sebelum perlawanan menentang kelab Portugal dalam saingan Liga Europa di Guimaraes, Portugal.

https://twitter.com/TransferRelated/status/926542092427579394

Presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud sudah pun bertemu pemain berusia 36 tahun itu untuk memaklumkan keputusan kelab dan diberi amaran dia akan berdepan susulan tindakan disiplin.

“Marseille juga tidak boleh menerima tindakan segelintir penyokong yang melontar kata-kata bersifat kebencian, menghina atau menyakitkan hati,” kata kenyataan kelab, hari ini.

Evra juga berdepan hukuman gantung minimum satu perlawanan oleh UEFA.

Badan induk bola sepak Eropah menegaskan, Evra boleh digantung kerana salah laku keganasan dan kes ke atas bekas pemain kebangsaan Perancis itu akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu depan.

“Berikutan tindakan itu, Evra akan dikenakan hukuman gantung sekurang-kurangnya satu perlawanan. Badan Kawalan, Perilaku dan Disiplin UEFA akan memutuskan kes ini dalam mesyuarat pada 10 November ini,” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Dalam aksi awal pagi semalam, kedua-dua pasukan, Marseille dan Guimaraes juga akan dikenakan hukuman kerana membiarkan penyokong memasuki kawasan padang. – AFP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN