Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan sudah membuat keputusan muktamad berkait masa depan Jadon Sancho bersama kelab.
Terdapat pelbagai laporan tentang isu berkait antara pengurus dan bintang Man United itu, dengan kini Ten Hag dilaporkan sudah membuat keputusan muktamad berkait anak buahnya itu.
Sancho sudah tidak beraksi bersama Manchester United sejak Ogos lalu, terutama selepas beliau terlibat dengan kontroversi bersama pengurus dari Belanda itu.
Refused to apologized. Stealing a living at Manchester United. Team needs all the depth it can get, but choose to put himself before the team.
How can you stand behind Sancho over Ten Hag 🤦🏽♂️ pic.twitter.com/jAM8WZigNH
— Isiah Madrigal (@Realisiah1) October 6, 2023
Selepas kekalahan 3-1 bertemu Arsenal pada 6 September lalu, Ten Hag mendakwa yang Sancho terpaksa diketepikan dari skuad utama kerana bintang England itu menunjukkan persembahan buruk ketika latihan.
Walau bagaimanapun, pemain sayap kebangsaan England itu menafikan dakwaan tersebut dengan menulis kenyataan panjang lebar di akaun media sosial miliknya.
Sancho juga turut mendakwa yang beliau sebenarnya menjadi kambing hitam sahaja ketika persembahan skuad sedang sangat huru-hara pada ketika ini.
Manchester United mengeluarkan kenyataan pada 14 September lalu dengan pihak kelab mengesahkan bahawa Sancho pada ketika ini sedang menjalani latihan khas secara bersendirian dan diasingkan dari skuad utama.
Terdapat banyak laporan yang melaporkan bahawa Ten Hag kini sedang menunggu permohonan maaf dari pemain berusia 23 tahun itu sebelum beliau berfikir untuk menyerap Sancho ke skuad utama semula.
“A Man Utd player told someone I know well that they are not having the manager!” 😱
“Apparently they’re disgusted with the way he treated Ronaldo, & Sancho works hard!”
Alan Brazil reveals he’s heard the #MUFC players are NOT happy with Erik ten Hag. 👀 pic.twitter.com/aEZ8TeZXrY
— talkSPORT (@talkSPORT) October 11, 2023
Terbaru, menurut sumber laporan dari Daily Mirror, pengurus dari Belanda itu telah membuat keputusan muktamad berkait masa depan Sancho dan telah menyampaikan hal tersebut kepada pimpinan kelab.
Ten Hag menegaskan yang Sancho harus dijual pada jendela perpindahan Januari ini nanti andai pemain sayap itu masih tidak mahu meminta maaf.
Daily Mail turut melaporkan yang United sanggup memberi subsidi kepada gaji Sancho yang bernilai £300,00 seminggu dalam usaha mereka untuk meminjamkan beliau kepada kelab lain.
Juventus dan Borussia Dortmund dikatakan antara kelab yang benar-benar berminat mahu mendapatkan khidmat pemain sayap itu.
Laporan sama turut menjelaskan yang pihak kelab sanggup memberi subsidi itu kerana mereka takut nilai Sancho akan jatuh lebih teruk jika beliau terus tidak dimainkan.
🚨 Jadon Sancho remains unavailable for selection, confirms Erik ten Hag.
No substantial changes despite report seeing him arriving at Carrington. pic.twitter.com/nm1aqdbcL7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 6, 2023
Pihak kelab merasakan yang Sancho perlu terus beraksi di liga-liga utama Eropah agar nilai pasaran pemain itu konsisten seperti sekarang.
Ten Hag tidak menyebut nama Sancho secara terbuka sejak perselisihan faham mereka terjadi, dengan beliau bahkan beliau hanya seolah-olah memberi pandangan umum sahaja tentang budaya Man United ketika bercakap dalam sesi sidang media sebelum aksi bertemu Brighton bulan lalu.
“Dengan generasi ini, ia semuanya tentang pembentukan pasukan dan dinamik secara berkumpulan. Ia sentiasa tentang pasukan, pasukan melebihi segalanya.”
Jelas Ten Hag.
🚨🚨| Erik ten Hag is demanding that Sancho make both a public apology and say sorry in front of his team-mates before he can return to the squad, a stance which has the full backing of his employers, but five weeks after the Arsenal game there is no sign of a rapprochement.… pic.twitter.com/xPOqMZbdw8
— Red Central (@RedCentrall) October 10, 2023
“Tapi dalam pasukan, semua orang memainkan peranan masing-masing, semua orang berbeza. Kamu perlu uruskan semua karakter itu. Tapi sekali lagi, kelab mengatasi segalanya.”
“Kelab tanya saya, kerana ada budaya yang tak bagus sebelum musim lalu, mereka minta saya tetapkan satu standard. Itulah apa yang saya lakukan. Sudah menjadi tugas saya untuk tetapkan standard itu.”
Ketika Ten Hag sudah memutuskan untuk menjual Sancho andai beliau enggan meminta maaf, bintang England itu tampil lagi membangkitkan isu terbaru.
Football transfer mendedahkan yang Sancho tak berpuas hati dengan Ten Hag kerana pengurus dari Belanda itu mengamalkan sikap pilih kasih.
Sancho sama sekali tak gembira ketika melihat Ten Hag terlalu mengutamakan Antony berbanding dirinya.
Pemain sayap Brazil itu ditandatangani dari Ajax pada tahun lalu dengan yuran perpindahan bernilai £82 juta.
Sama seperti Sancho, Antony juga merupakan antara pemain mahal yang dianggap tak menjadi di Old Trafford.
🚨 From Sancho's point of view, the crux of the issue is that Antony gets picked no matter how badly he plays or how many mistakes he makes. No matter how many situations he messes up, he is favoured by Ten Hag. It’s believed from some quarters that the Brazilian gets treated… pic.twitter.com/x89ndhOnX9
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) October 10, 2023
Namun begitu, Antony masih tetap menjadi pilihan utama Ten Hag dan terus diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad.
Walau kerap beraksi namun tidak menyerlah, Antony sepertinya tidak dihentam atau tidak dipinggirkan dan kerana itulah Sancho menganggap ia hal yang sangat tak adil.