‘Tempat Pemain Muda Serlahkan Bakat’ – Harith Naem Sah Sertai Perak

Harith Naem Perak FC 2022

Perak FC akhirnya mengakhiri teka-teki para penyokong tentang identiti rekrut pertama selepas mengumumkan Harith Naem Jaineh, sebentar tadi.

Menerusi muat naik video ‘selamat datang ke skuad The Bos Gaurus’, Harith telah disahkan sebagai pemain baharu mereka bermula pada hari ini.

Harith merupakan pemain yang telah dibangunkan oleh pengendali Perak kini, Lim Teong Kim ketika pemain itu di usia belasan tahun di AMD.

Menurut posting oleh Perak FC, mereka mengiktiraf pemain itu sebagai pemain yang masih muda namun tangkas dan pantas. Ini menjadikannya sebagai pemain pertama menyertai Perak di era Teong Kim.

Sebagai bekas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), tentunya beliau amat memahami kehendak pengendali berusia 59 tahun itu selepas ini.

Menerusi kenyataan yang diperolehi daripadanya, beliau memilih berkelana ke Perak atas faktor masa depan yang baik untuk laluan pemain muda.

“Saya memilih Perak FC sebab ia satu laluan [kerjaya] yang baik untuk pemain muda tunjukkan bakat dan membina kejayaan serta masa depan yang baik bersama Perak.”

Harith Naem merupakan pemain paling hangat dikaitkan dengan Perak ketika ini berpunca daripada video ‘teaser’ tentang pemain baharu mereka.

Ia berpunca daripada disebabkan masalah dalaman yang sedang kuat membadai pasukan tersebut pada ketika ini. Bermula dengan masalah tunggakan gaji, pemain import hanya tinggal Ifedayo Olusegun, prestasi yang kian menjunam, dinafikan slot untuk saingan Piala Malaysia 2022 dan berpotensi untuk tidak bersaing di kempen Liga Super musim depan.

Berusia 20 tahun, situasi di sana sangat tidak membantu perkembangan kariernya selepas menyertai mereka pada awal musim dari Sabah FC. Walaupun beliau sudah tampil bermain dalam saingan liga musim ini beberapa kali – 147 minit permainan, namun ia dilihat masih tidak cukup.

Dengan bekas pengendalinya di AMD dan skuad B-16 negara satu masa dahulu, Lim Teong Kim sedang berada di Perak, mungkin ini peluangnya.

Bersama skuad B-16 negara, Harith telah dibawa ke AFC Championship 2018 dan Kejuaraan AFF pada tahun yang sama bersama-sama penyerang sensasi, Luqman Hakim. Di AFF B-16, beliau berjaya meledak dua gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN