Tema Bersatu Jadi Pilihan Bola Rasmi Piala AFF 2022

Piala AFF 2022

ada tag: onefootballxapple

Tema bersatu jadi menjadi pilihan pengeluar bola rasmi Piala AFF 2022, Warrix menjelang kejohanan tersebut yang bakal diadakan pada akhir tahun ini.

Dinamakan dengan nama BERSATU (jangan keliru dengan nama sebuah parti politik di Malaysia), Warrix mahu menjadikan bola tersebut sebagai simbol perpaduan, kesatuan, semangat, harmoni dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang menjadikan Asia Tenggara unik.

“BERSATU adalah bola sepak yang diinspirasikan oleh perpaduan, penyatuan, keghairahan, harmoni, pusat tenaga.

“Ia juga menggambarkan kerjasama dan juga solidariti kepada komuniti global di kawasan ASEAN,” kata Warrix.

Bola BERSATU ini direka dengan warna putih menjadi warna dominan rekaan ini.

Ia kemudiannya disalut dengan warna hitam, merah dan juga biru yang menjadikan corak bola ini tampak elegan dan kemas.

Selain itu, ia juga dihiasi dengan logo rasmi Piala AFF 2022 serta Warrix dan perkataan “BERSATU” yang diletakkan di bahagian utama bola tersebut.

Bola rasmi ini juga dilengkapi dengan teknologi THERMO BONDED. Ia merupakan sebuah teknologi yang menjadikan bola itu lebih cantik bentuk sferanya, sambil menjadikannya lebih stabil dari segi beratnya.

Ia juga akan memberikan pemain kawalan bola yang lebih baik ketika berada di atas padang.

Bola keluaran Warrix ini akan digunakan secara rasmi pada Piala AFF 2022 yang akan dilangsungkan pada 20 Disember 2022 hingga 16 Januari 2023.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos.

Leave a Reply