Telefoot antara media yang terawal melaporkan Arsenal sah menandatangani Lacazette sebelum ini. Kali ini, media dari Perancis ini melaporkan yang Marseille yakin akan membawa Giroud pulang semula ke Ligue 1.
Marseille antara kelab yang menerima dana perpindahan yang besar kali ini. Mereka mahu mendapatkan Olivier Giroud dengan bayaran sekitar £25 juta dengan tambahan bayaran.
Masa depan Giroud di Arsenal menjadi tanda tanya. Sama ada pemain itu akan kekal ataupun tidak di Arsenal. Sebelum ini Ronald Koeman dan Slaven Bilic antara pengurus yang mengikuti perkembangan status semasa Giroud di Arsenal.
Arsenal baru melengkapkan pemain sensasi Lyon, Alexandre Lacazette dengan rekod perpindahan kelab £52.6 juta.
Olivier Giroud sudah pun menandatangani kontrak lanjutan dengan Arsenal musim lalu. Beliau pernah menyuarakan yang beliau tidak suka duduk di kerusi simpanan.
Dengan kehadiran Lacazette dalam kem Arsene Wenger, Giroud dijangka akan lebih sukar untuk memecah masuk ke dalam kesebelasan utama selepas ini.
Walaubagaimanapun, Giroud tetap menyatakan komitmen beliau dengan Arsenal selagi-lagi kelab tersebut memerlukan beliau. Giroud juga tidak menolak potensi untuk menyertai kelab lain jika ada tawaran yang lebih baik.
Everton masih menaruh harapan untuk mendapatkan Giroud untuk menggantikan penyerang sensasi mereka, Romelu Lukaku.
Kini, Marseille mahu menyertai persaingan untuk mendapatkan penyerang no.1 Les Bleus itu. Marseille yakin akan potensi Giroud akan memilih untuk menyertai mmereka.
Pada bulan lalu, Giroud berkata kepada Telefoot:
“Saya bukanlah tidak ambil kisah langsung tentang beberapa kelab yang cuba menghubungi saya, terutama sekali kelab lagenda seperti Marseille.”
Giroud meninggalkan Ligue 1 pada 2012. Kelab terakhir beliau adalah Montepellier.