Keputusan mengenai calon pengendali baharu skuad negara bagi menggantikan Tan Cheng Hoe bakal terungkap setelah laporan penuh daripada Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya selesai tidak lama lagi.
Datuk Mohd Yusoff Mahadi selaku Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu badan siasatan tersebut yang diketuai oleh bekas pemain skuad kebangsaan Datuk Dell Akbar Khan kini sedang sibuk membuat siasatan khusus mengenai punca kegagalan pasukan negara pada aksi Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura, bulan lalu.
Jelas Mohd Yusoff, beliau yang hadir selaku pengurus pasukan bersama kapten, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak adalaah antara individu diminta hadir bagi sesi memberi keterangan untuk melengkapkan laporan tersebut yang sedang dijalankan.
“Jadi kita tunggu dulu apa maklum balas daripadaa laaporan bedah siasat ini yang saya jangka selesai minggu depan, dari ssitu mungkin kita boleh tentukan calon yang sesuai,” katanyaa ketika ditemui BERNAMA selepas majlis undian Liga M3 di sini, semalam.
Mengulas dengan lebih lanjut, beliau berkata buat masa ini, ada beberapa calon menunjukkan minat bagi mengisi jawatan tersebut, selain turut yakin Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin juga kini pastinya berada dalam proses mengenal pasti jurulatih yang sesuai.
Tambah Mohd Yusoff, FAM sendiri kan membuat penelitian yang khusus berikutan ada sesetengah pihak turut berpendapat mengenai jurulatih tempatan turut layak atas sebab masa yang singkat untuk hadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini, sesetengah pendapat lain beranggapan jurulatih luar lebih baik untuk meneruskan pelan jangka masa panjang supaya lebih tersusun dan baik.
“Semua cadangan ini akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusn Pasukan Kebangsaan pada bulan ini yang dipengerusikan Datuk Hamidin sendiri. Selepas itu akan disokong dalam Mesyuarat Exco untuk memastikan pilihan yang terbaik supaya segala perancangan kita ini akan dilaksanakan dengan lebih sistematik.
“Memang saya ada dengar terdapaat beberapa calon yang memohon, tetapi pada masa sama ada juga senaraai jurulatih lain yang berada dalam radar FAM,” jelas beliau.
Ketika ditanya mengenaai nasib barisan kejurulatihan yang berkhidmat di bawah Cheng Hoe, jelas beliau berkata hingga kini FAM memberi kebebasan untuk ketua jurulatih baharu nanti memutuskan sama ada terus menggunakan khidmat mereka atau melantik staf kejurulatihan sendiri.
Malaysia gagal melangkah ke pusingan separuh akhir pada saingan Piala AFF 2020 setelah menamatkan kempen di tangga ketiga peringkat Kumpulan B. Susulan itu, Cheng Hoe meletak jawatan bagi mengambil tanggungjawab terhadap prestasi skuad negara yang kurang memuaskan.
Setelah itu, FAM mengambil inisiatif untuk menubuhkan suatu badan khas yang dinamakan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya untuk menyiasat segala punca kegagalan tersebut.