Tcheche Kipre Terus Berahsia Mengenai Status Musim 2019

Di dalam bola sepak nasib sahaja tidak mencukupi untuk memastikan kemenangan. Apatah lagi untuk menjaringkan gol.

Dua gol Tchetche Kipre di perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 yang lalu juga sebenarnya lebih daripada bernasib baik.

Ianya bukan sekadar kerana kesilapan pertahanan Perak, tetapi lebih daripada itu, ia dihasilkan kerana ketajaman menghidu peluang yang menyebabkan Kipre terus mengasak, sebelum berjaya memperolehi peluang untuk menjaringkan gol.

Kipre Tchetche sudah menjaringkan 6 gol daripada 7 penampilan Liga Super 2018 setakat ini. (Sumber: Terengganu Football Club)

Terengganu tewas perlawanan tersebut walaupun mendahului tiga kali sepanjang perlawanan yang diheret ke masa tambahan.

Namun tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan keberkesanan Tcheche Kipre di bahagian hadapan untuk skuad Penyu pada musim ini.

Walaupun beraksi secara konsisten sepanjang musim untuk Terengganu FC, Kipre setakat ini enggan mengesahkan sama ada beliau akan kekal bersama naib juara Piala Malaysia itu pada musim hadapan.

Kipre Tcheche meraikan gol kemenangan Terengganu FC. FOTO: TFC

Bercakap kepada wartawan Berita Harian semalam, Kipre dipetik sebagai berkata:

“Buat masa ini saya tidak mahu umumkan lagi pasukan mana yang akan diwakili musim depan, tunggu… mungkin seawal minggu depan saya akan maklumkan sama ada akan terus kekal bersama TFC atau sebaliknya,” kata Tchetche.

Kipre dikhabarkan sudah ditawarkan kontrak baharu oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), namun masih memerlukan sedikit masa untuk menerimanya atau tidak.

JIka prestasi pada musim lalu menjadi ukuran, maka tidak hairanlah penyerang yang berasal dari Ivory Coast ini turut akan menarik perhatian persatuan lain untuk tandatangan beliau.

Kipre Tchetche (dua dari kiri) menjaringkan 2 gol untuk menewaskan Perak 2-0 dalam aksi Liga Super 2018 pada 22 Mei lepas. (Sumber: Terengganu Football Club)

Menurut sumber dari Berita Harian, pemain itu menangguhkan menangguhkan persetujuan bersama skuad Penyu kerana isu berkaitan gaji.

Mengenai Kipre dan seorang lagi tongak import, Lee Tuck Ketua Jurulatih Irfan Bakti yang kini sedang bercuti di luar negara pula berkata:

“Lee Tuck masih ada baki kontrak setahun lagi bersama TFC musim depan tapi kedudukan terkini Tchetche saya tidak tahu,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN