Taylor Regan & Rufino Segovia Sah Tinggalkan Selangor

Dua pemain import Selangor, Taylor Regan dan juga Rufino Segovia telah mengesahkan yang mereka tidak lagi akan bersama pasukan tersebut untuk musim 2021.

Pendedahan ini dibuat selepas kedua-dua pemain disebut-sebut antara muka-muka yang bakal dilepaskan oleh pengurusan Selangor dalam misi membina semula pasukan untuk musim baharu.

Regan yang juga merupakan ketua pasukan disingkirkan selepas dua tahun berkhidmat oleh pasukan Lembah Klang itu.

Sementara Segovia yang dianggap sebagai pemain yang digemari penyokong Selangor berbakti selama empat tahun termasuk musim cemerlangnya pada 2018 yang menjadi penjaring terbanyak liga.

Beliau menjaringkan 19 gol liga pada musim tersebut dikala Selangor terpalit dengan krisis stadium ketika itu.

Kedua-dua pemain mendedahkan perkara ini di media sosial mereka dengan Regan mengatakan ianya adalah satu penghormatan untuk menjadi ketua pasukan Selangor.

“Ianya merupakan satu penghormatan untuk mengetuai pasukan dihadapan penyokong yang setia pada setiap perlawanan.”

“Saya berikan semuanya. Selangor anda sentiasa mempunyai tempat di dalam hati saya dan saya ucapkan semoga berjaya,” kata Regan di Instagram.

Sementara itu bagi Segovia pula, empat tahun yang dihabiskan beliau di Shah Alam adalah tempoh yang terbaik dalam hidupnya sebagai pemain profesional.

“Empat musim yang terbaik dalam hidup saya, penyokong terbaik yang boleh saya idamkan, sebuah kelab dan penyokong yang memberikan segalanya dan saya berikan semuanya untuk mereka.”

“Hari ini adalah ari yang sedih tetapi saya bersyukur yang saya dapat bermain untuk Selangor.”

Segovia juga berharap satu hari nanti beliau akan kembali semula untuk menjadi jurulatih Selangor di masa akan datang.

Hala tuju untuk kedua-dua pemain ini bagaimana pun masih belum jelas, dengan Regan dikaitkan ke Perak dengan Segovia mungkin akan pergi meninggalkan bumi Malaysia secara tetap.

Selain dua pemain ini, terdapat beberapa nama lain yang dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Selangor seperti Syazwan Zainon, Wan Zack Haikal dan Safuwan  Baharuddin namun tiada yang konkrit lagi dikeluarkan.

Baca juga artikel kami mengenai Taylor Regan:

Taylor Regan: Cakap Sahaja Memang Mudah

Selangor Terus Tagih Khidmat Taylor Regan, Sean Selvaraj

Taylor Regan Mahu Ikut Jejak Robert Cornthwaite Julang Piala Malaysia Bersama Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN