Tawaran £40 Juta City Untuk Nathan Ake Diterima, Ferran Torres Menyusul

Nathan Ake Ferran ToNathan Ake Ferran Torres Manchester Cityrres Manchester City

Pasukan yang baru tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Bournemouth telah menerima bidaan £40 juta (RM220 juta) untuk pemain pertahanannya, Nathan Ake dari Manchester City dengan £1 juta bonus tambahan.

Kini City sudah boleh memulakan rundingan bersama pemain berusia 25 tahun itu untuk memuktamadkan kontraknya bersama The Citizen.

Pemain antarabangsa Belanda itu menyertai Bournemouth pada 2017 dari Chelsea dengan rekod perpindahan kelab sebanyak £20 juta dan telah membuat 121 penampilan buat skuad The Cherries.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebelum ini telah pun memaklumkan beliau akan membawa masuk seorang pemain pertahanan tengah ke Etihad pada musim depan dan pemilihan Ake mungkin di atas faktor pengalaman dan kematangannya di pentas EPL.

Bournemouth telah tersingkir dari EPL selepas berdepan prestasi buruk sejak saingan liga kembali bersambung dan menduduki tangga ke-18 liga sementara City pula gagal mempertahankan kejuaraan dan menamatkan saingan sebagai naib juara.

Difahamkan Ake sudah pun memberi bayangan akan meninggalkan Bournemouth pada musim panas ini sama ada pasukan itu kekal di EPL ataupun tidak. Bagaimanapun, penyingkiran telah menjadikan pintu rundingan semakin mudah buat City.

Musim ini Ake telah beraksi 29 perlawanan EPL dan membuat 13 penampilan bersama skuad kebangsaan Belanda.

Dalam perkembangan lain, City sudah pun memulakan langkah untuk memancing pemain sayap Valencia, Ferran Torres dari Valencia dengan membuat tawaran €23 juta (RM114 juta) sebagai pengganti kepada Leroy Sane yang telah menyertai Bayern Munich baru-baru ini.

Kontrak pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu bersama pasukannya hanya tinggal setahun sahaja lagi dan Valencia telah pun meletakkan harga £40 juta buat mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkannya.

City yang terlepas dari hukuman penggantungan dari menyertai kejohanan Eropah kerana tuduhan melanggar peraturan kewangan FIFA (FFP) kini sedang galak membawa masuk pemain-pemain baharu bagi mengukuhkan pasukan untuk musim depan.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN