Perkara yang paling digeruni oleh penduduk seluruh dunia akhirnya berlaku. Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis telah mengarahkan pasukan tenteranya memulakan serangan ke atas Ukraine.
Namun Putin menegaskan ia bukanlah bertujuan untuk menakluki negara jirannya, tetapi ia berpunca dari Ukraine sendiri yang membuat ancaman berterusan.
Hanya beberapa minit selepas ucapannya, beberapa letupan berlaku di ibu kota Kiev, bandar Kramatorsk serta Odessa.
Agensi berita AFP pula melaporkan lebih 70 sasaran termasuk lapangan terbang di Ukraine telah dimusnahkan di bawah operasi tersebut.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada kemudian memberi kenyataan bahawa negaranya telah ‘dibiarkan bersendirian’ tanpa bantuan dari negara barat dan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) untuk menghadapi Rusia.
What's u think about it ? ? ?
Afghanistan Done.
Ukraine Almost Done.
Next- Taiwan. 😁Ukraine | Russia | China | NATO | World War III
#worldwar3
#BidenIsAFailure #Putin #RussiaUkraineConflict pic.twitter.com/hLRd4q5QIJ— Shahab Awan (@Shahabawan295) February 24, 2022
Menurut bekas pelawak itu, lebih 130 orang awam dan tentera terkorban dalam tempoh 24 sejak sejak serangan bermula dan mengarahkan seluruh warga Ukraine untuk terus berwaspada dan mematuhi perintah berkurung.
Republik Autonomi Krimea
Konflik Rusia-Ukraine ini telah pun berlanjutan untuk tempoh beberapa tahun sejak 2014 lagi yang bermula dari penaklukan Krimea.
Semenanjung itu merupakan satu-satunya republik autonomi di Ukraine yang terletak di selatan negara tersebut dan majoriti penduduk sememangnya adalah dari etnik Rusia.
Ukraine names specific units of Russian army who seized Crimea in 2014 https://t.co/G7pk32xYmA pic.twitter.com/5QNcJb2tLN
— Kiev Ukraine (@KievUkRRaine) October 3, 2016
Selepas Revolusi Rusia 1917 yang membawa kepada pengakhiran sistem feudal hasil kebangkitan golongan buruh dan askar di Rusia, Krimea telah menjadi republik dalam Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR).
Wilayah itu kemudiannya telah dihadiahkan kepada Ukraine pada tahun 1954 selepas negara itu bersedia menjadi sebahagian dari empayar Kesatuan Soviet dengan nama Republik Sosialis Soviet Ukraine.
Apabila Ukraine mencapai kemerdekaan pada 1991, Krimea telah menjadi republik autonomi.
Pada 1992, liga domestik pertama di Ukraine telah ditubuhkan dan pasukan yang berpangkalan di Krimea, Tavriya Simferopol – yang sebelum itu beraksi di liga divisyen dua Soviet Union – telah ditabalkan sebagai juara sulung Liga Premier Ukraine selepas menewaskan Dynamo Kyiv pada perlawanan akhir.
First champion of the #Ukraine Premier League | 1992 Tavriya Simferopol
Krymchyany (Crimeans) ! pic.twitter.com/0BY6McOP1Z— Françesko (@YuriiFrancesko) June 30, 2016
Ia menjadikan kelab ini sebagai satu daripada tiga pasukan yang pernah menjuarai liga utama Ukraine – selain Dynamo Kyiv dan Shakhtar Donestk.
Pergolakan yang tercetus pada 2014 yang menyaksikan 96% penduduk di wilayah itu mengundi dalam satu pungutan suara untuk mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan memohon untuk menyertai Rusia.
Maka ia menjadi tahun terakhir pasukan ini beraksi di liga Ukraine. Buat kali pertama sejak liga Ukraine ditubuhkan, mereka menamatkan saingan di zon penyingkiran.
Kelab rebel
Tavriya Simferopol telah membuat permohonan kepada UEFA agar membenarkan mereka menyertai FA Rusia. Langkah itu dianggap sebagai satu bentuk konfrontasi terhadap Ukraine.
Kelab Tavriya Simferopol ‘dikuburkan’. Lalu di bawah peraturan bola sepak Rusia, satu kelab baharu ditubuhkan dengan nama baharu TSK Simferopol. Nama TSK itu merujuk kepada Tavria – Simferopol – Krimea.
What's left of the real Tavriya Simferopol, the first champion of independent Ukraine. pic.twitter.com/99eQys23Cy
— Діма 🇺🇦 (@1927dima) July 16, 2021
Dengan menggunakan majoriti pemain dan staf yang sama, kelab ini telah menyertai liga profesional Rusia divisyen tiga dan Piala Rusia pada musim 2014/15.
Masih menganggap Krimea sebagai sebahagian dari wilayahnya, FA Ukraine mengemukakan aduan kepada UEFA mengenai tindakan kelab Krimea ini menyertai liga Rusia.
Badan induk bola sepak Eropah itu menerima bantahan tersebut dan mengeluarkan larangan kepada semua pasukan dari Krimea untuk terlibat dengan mana-mana pertandingan di Rusia kerana ia menyalahi peraturan antarabangsa.
Lalu satu penyelesaian dibuat dengan menubuhkan liga baharu di Krimea – berkecuali dari FA Ukraine dan FA Rusia – yang terdiri daripada lapan pasukan. Seperti di Ukraine, Simferopol menjadi juara pertama Liga Krimea pada tahun 2016.
So the Russian authorities gathered 8 clubs and started the new Crimean Premier League. Among these 8 clubs was FC TSK Simferopol – a new club founded for the remaining Tavriya fans in the city. So far they have won 1 league title back in 2015/16. pic.twitter.com/46KEk5qtKA
— Pausa Fútbol (@PausaFutbol) May 20, 2021
Kelahiran semula
Pada Jun 2015, FA Ukraine mengumumkan Tavriya Simferopol telah ditubuhkan semula, tetapi kelab itu berpangkalan di Kherson, iaitu wilayah di utara semenanjung Krimea yang menjadi pusat pentadbiran wakil Presiden Ukraine di Krimea.
Ukraine tidak mahu kelab ini terkubur begitu sahaja kerana mempunyai sejarah panjang sejak ditubuhkan pada 1958. Bekas Perdana Menteri Krimea, Serhiy Kunitsyn dipilih untuk mengetuai projek ini.
Walaupun ‘rumah baharu’ kelab ini terletak 220 kilometer dari daerah Simferopol, nama Tavriya Simferopol dikekalkan. Kelab ini dibantu FA Ukraine dan UEFA dari segala aspek terutamanya kewangan untuk membina fasiliti baharu mereka.
Kelab ini mula beraksi di Liga Amatur Ukraine pada musim 2016 dan kemudian dipromosi ke liga divisyen dua pada tahun berikutnya selepas mendapat lesen profesional.
Penutup
Kini terdapat dua kelab Simferopol yang membawa haluan berbeza.
Sungguhpun sehingga hari ini pemisahan Krimea dari Ukraine masih belum diiktiraf, namun Presiden Rusia, Vladimir Putin bertegas supaya tentera Rusia terus kekal di wilayah itu.