Quantcast

BERITA

Tata Martino: Pasukan Terbaik Kami Tak Mampu Uji Skuad Pincang Argentina

El Tri tewas besar 0-4 di tangan Argentina. Pengurus mereka, Tata Martino menyifatkan, pasukan terbaik Mexico, jangankan boleh menang, malah mahu menguji Argentina – yang pincang – pun mereka tak mampu.

Lalu Martino mengingatkan bahawa, masih terlalu banyak kerja untuk mereka lakukan bagi merapatkan sedikit jurang kualiti tersebut.

Argentina hadir tanpa beberapa nama besar termasuk, Lionel Messi, Sergio Aguero dan Lo Celso.

Lautaro Martinez membuka tirai jaringan pada minit ke-17. Dan hanya mengambil 5 minit kemudian, untuk menambah 1 lagi gol buat negaranya.

Nestor Araujo berjaya menangguhkan hatrik oleh Martinez, tidak lama selepas itu.

Leandro Paredes memastikan Argentina selesa dengan 3 gol di hadapan pada minit ke-32.

Namun, 6 minit sebelum wisel rehat, Lautaro akhirnya mendapat hatrik yang beliau cari.

Pada separuh masa kedua, Mexico mengambil pendekatan lebih agresif bagi mendapatkan gol. Argentina pula seolah-olah cuba menggunakan peluang ini untuk menguji keampuhan pertahanan mereka, dengan lebih fokus kepada struktur defensif.

Mexico berkali-kali menyerang namun penyudah mereka amat menghampakan.

Selepas tamat perlawanan, Martino menyatakan: “Inilah pasukan terbaik Mexico yang kita ada pada hari ini. Sukar untuk mengumpulkan pemain-pemain ini secara penuh [tanpa isu seperti kecederaan].”

Martino mengakui Argentina masih belum mengumpulkan pasukan terbaik, namun sudah mampu untuk membelasah mereka 4-0.

Walaubagaimanapun, Martino tetap menerima kekalahan seperti ini, yang disifatkan lebih baik daripada kekalahan 7-0 di tangan Chile satu ketika dahulu.

Martino berharap FA Mexico mendapatkan lebih banyak perlawana dengan lawan yang berkualiti seperti Argentina selepas ini. Hal ini kerana, pasukan mereka perlukan ‘reality check’.

Dalam rekod, hanya 4 kali sahaja Argentina tewas di tangan Mexico.