Taring Berbisa Ronnie Fernandez Antara Pertaruhan Utama Selangor

Penyerang berbisa Selangor iaitu Ronnie Fernandez bakal meneruskan rentak berbisa beliau pada saingan musim 2024/2025 dalam aksi Liga Super, dengan pasukan itu bakal menghadapi cabaran Terengganu hari ini.

Dibawa masuk untuk menggantikan khidmat Ayron Del Valle yang tampil selaku penjaring terbanyak The Red Giants musim lalu, pemain ini tampil sedikit perlagan pada awal saingan.

Menerusi reputasi tinggi dimiliki beliau termasuk bergelar selaku bekas penyerang kebangsaan Chile, ramai penyokong mengharapkan Ronnie mampu memberikan impak dengan lebih cepat di atas padang.

Namun, sesuatu tidak diharapkan berlaku apabila beliau tampil kurang memberansangkan pada awal saingan sehingga menimbulkan kritikan dalam kalangan penyokong di media sosial.

Sehingga beliau akhirnya berjaya menemui momentum tersendiri bersama Selangor untuk kembali bangkit dan meletakkan diri selaku antara penyerang berbisa di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Statistik semasa menyaksikan Ronnie telah pun meledak lapan gol bersama dua bantuan jaringan daripada 15 perlawanan dihadapi termasuk satu ledakan beliau pada aksi AFC Champions League Two (ACL 2) bertemu Muangthong United.

Momentum gol yang diledak bekas penyerang kebangsaan Chile itu sudah tentu akan terus menjadi pertaruhan utama Nidzam Jamil bagi menghadapi Terengganu malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Beraksi di gelanggang lawan, sudah tentu Nidzam perlu memberi fokus sepenuhnya dalam mempersiapkan barisan terbaik untuk menghadapi cabaran daripada pasukan tuan rumah.

Apatah lagi Sang Penyu masih lagi kempunan akan kemenangan sejak tiga perlawanan lalu termasuk dalam saingan ACC Shopee Cup yang bakal mencetuskan motivasi lebih tinggi dalam kalangan pemain untuk cuba mendapatkan kemenangan mengatasi Selangor.

Daripada segi statistik pertemuan musim ini pula menyaksikan pasukan tersebut sudah pun bertembung dua kali dengan masing-masing berjaya meraih satu kemenangan di pentas Piala FA.

Sepanjang pertembungan dua perlawanan tersebut, 10 gol telah pun terhasil dengan tujuh daripadanya memihak kepada Selangor untuk membawa mereka ke pentas akhir kejohanan tersebut.

Uniknya, Ronnie masih lagi belum meledak sebarang gol ketika pertemuan kedua pasukan tersebut pada saingan musim ini, dan sudah tentu pemain tersebut mengimpikannya untuk terus memberi kegembiraan buat peminat.

Pada pandangan anda, adakah Ronnie bakal membuka akaun jaringan pada aksi membabitkan pasukan itu menentang Terengganu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN