“Tarik Diri Di Saingan Belia” – Adakah Sabah Bakal Didenda FAM?

Sabah berkemungkinan besar akan menjadi pasukan terbaharu didenda oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas keputusan mereka untuk menarik diri pada saingan Piala Belia 2024 sebentar tadi.

Pada aksi yang sepatutnya berlangsung hari ini, skuad belia Sabah pada asalnya bakal menghadapi aksi bertemu Kelantan Darul Naim (KDN) di gelanggang lawan sebelum mereka sah menarik diri.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri melalui media rasmi KDN semalam dan mendapat banyak maklum balas dalam kalangan pengguna media sosial pada ruangan komen.

“Perlawanan Piala Belia 2024, KDN FC IV melawan Sabah FC tidak dapat dilangsungkan petang ini selepas pihak lawan tidak berada di venue perlawanan.

“Untuk makluman lanjut tunggu pengesahan dari Football Association of Malaysia (FAM),” jelas KDN di media sosial rasmi mereka semalam.

Persoalan kini timbul dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan jika FAM bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pasukan tersebut pada masa hadapan.

Malah, Sabah juga berkemungkinan bakal didenda atas kesalahan tersebut kerana mereka belum mengeluarkan sebarang alasan kukuh atas tindakan tersebut.

Beberapa spekulasi timbul jika Sabah sebenarnya kini sedang menghadapi isu kewangan yang sangat hebat serta turut mempengaruhi pasukan utama di pentas Liga Super.

Perkhabaran itu sebenarnya telah pun timbul sejak beberapa bulan lalu dengan ia turut diperkuatkan oleh pemergian penyerang import mereka iaitu Ramon Machado beberapa minggu lalu.

Pemain kelahiran Brazil itu sebelum ini dilaporkan sudah pun memberi suatu petanda beliau tidak akan kekal lebih lama buat The Rhinos sebelum Sabah sendiri mengesahkan aksi bertemu Terengganu merupakan penampilan terakhir buat dirinya.

Jika benar kewangan Sabah masih lagi menghadapi masalah, ia merupakan suatu situasi sangat sukar untuk mereka hadapi jika FAM mengambil tindakan.

Seperti diketahui, musim ini banyak pasukan tampil dengan situasi cukup sukar daripada segi kewangan dengan Kedah Darul Aman (Kedah), serta Kuala Lumpur City (KL City) antara merasainya.

Kami di Semuanya BOLA juga berharap supaya FAM dapat mengambil tindakan lebih realistik buat Sabah jika benar mereka bakal dihukum atas penarikan diri tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN