Tanpa Ronaldo, Juventus Tewas Perlawanan Serie A Pertama Musim Ini

Tanpa khidmat Cristiano Ronaldo, Juventus tewas perlawanan Serie A pertama mereka pada musim ini – setelah dikejutkan Genoa 2-0 di tempat lawan.

Bekas pemain Juventus, Stefano Sturaro membuka tirai jaringan dengan percubaan melencong pada minit ke-72 perlawanan. Ia diikuti oleh jaringan Goran Pandev yang memastikan tiga mata menjadi milik Genoa  dengan jaringan sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

GENOA, ITALY – MARCH 17: Stefano Sturaro and Goran Pandev of Genoa CFC celebrate victory at the end of the Serie A match between Genoa CFC and Juventus at Stadio Luigi Ferraris on March 17, 2019 in Genoa, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Mengulas kekalahan tersebut sambil merujuk kepada keputusan seri 1-1 di pusingan pertama ketika kedua-dua pasukan bertemu, Massimiliano Allegri berkata,” Saya menjangkakan [reaksi] Juventus yang berlainan.”

“Jelas sekali kami tidak menampilkan prestasi yang baik dalam perlawanan ini.”

Kali terakhir Juventus tewas di Serie A adalah pada 22 April 2018. Manakala sepanjang musim ini, mereka hanya tercicir mata sebanyak tiga perlawanan selepas mencatat keputusan seri, sehinggalah mereka tewas dalam perlawanan ini.

GENOA, ITALY – MARCH 17: Paulo Dybala of Juventus looks dejected during the Serie A match between Genoa CFC and Juventus at Stadio Luigi Ferraris on March 17, 2019 in Genoa, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Pasukan tuan rumah bermula dengan baik apabila Christian Kouame memaksa Mattia Perin yang turut pernah beraksi bersama Genoa sebelum ini menyelamatkan keadaan. Keputusan VAR menafikan sepakan penalti diberikan kepada Genoa, dan teknologi yang sama turut menafikan gol offside oleh Paulo Dybala.

Ronaldo tidak berada di dalam skuad Juventus dalam perlawanan ini setelah beliau menghasilkan hatrik untuk menewaskan Atletico Madrid pada pertengahan minggu lalu.

Walaupun tewas, Juventus masih berada di tangga teratas Serie A dengan kelebihan 15 mata ke atas Napoli di tangga kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN