Skuad kebangsaan akan mengharungi perlawanan kedua Piala AFF 2022 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dalam misi untuk terus memperoleh kemenangan pertama di laman sendiri.
Sebelum itu, Malaysia telah pun mencatat kemenangan sulung mereka selepas kejayaan menewaskan Myanmar menerusi keputusan 1-0 di gelanggang lawan.
Hari Perlawanan 2 | Sabtu, 24 Disember 2022
Kumpulan B • Piala Mitsubishi Electric AFF 2022
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇱🇦 LAOS
🕣 8.30 malam ini
🏟 Stadium Nasional, Bukit Jalil
📺 Siaran langsung di @ASTROARENA 2#FAM #HarimauMalaya#AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/Orh4HkhazC— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 24, 2022
Satu jaringan tunggal menerusi Faisal Abdul Halim sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan Malaysia, selepas menghadapi aksi sengit daripada tuan rumah.
Namun, Malaysia terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa kehilangan pertahanan kental, Khuzaimi Piee selepas pemain tersebut sah ditimpa kecederaan.
Khuzaimi terpaksa diketepikan lebih awal pada perlawanan lalu, selepas beliau mengalami kekasaran untuk digantikan dengan khidmat Fazly Mazlan.
Tambah menggusarkan para penyokong, kelibat beliau yang bertongkat sehari selepas perlawanan jelas memberi reaksi pemain tersebut tidak akan beraksi untuk aksi malam ini dan seterusnya.
Perkara ini pastinya memberi sedikit masalah buat Kim Pan-gon untuk mempersiapkan barisan pemain utamanya kini untuk menggantikan khidmat Khuzaimi, setelah mereka tidak dibenarkan untuk menggantikan pemain baharu.
Namun, pengendali tersebut jelas memberi reaksi positif selepas Pan-gon menyatakan pemain lain juga mampu untuk menggantikan khidmat Khuzaimi untuk aksi seterusnya.
Khuzaimi Piee injured terpaksa dibawa keluar, Fazly Mazlan ganti. 🚨🚑 @ASTROARENA pic.twitter.com/APCaj8QA62
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 21, 2022
Persoalannya, siapa yang layak untuk mengambil tempat Khuzaimi untuk aksi malam ini berdepan Laos di hadapan para penyokong sendiri?
Atas kertas ketika ini, kelibat Fazly Mazlan dijangka bakal mengisi kekosongan utama yang ditinggalkan oleh Khuzaimi berdasarkan barisan pemain yang ada.
Dijangka tiada sebarang perubahan formasi akan dibuat dan Pan-gon akan kekal menggunakan tiga pemain pertahanan utama sebelum ini menerusi khidmat Dominic Tan, Sharul Nazeem, dan Fazly Mazlan.
Pengendali tersebut pastinya tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk menggunakan formasi baharu, selepas pihak lawan pastinya juga akan menggunakan segala cara untuk mencari kemenangan pertama mereka.
Namun sesuatu harus disedari pengendali tersebut, kerana mereka kini tidak mempunyai lagi baki pemain pertahanan untuk beraksi jika ada kecederaan atau layangan kad merah selepas ini.
Kecuali, pengendali dari Korea Selatan itu perlu kembali mengubah formasi permainan dengan kembali meletakkan Azam Azmi dan Ruventhiran menerusi sistem empat pertahanan.
Atau, beliau perlu mengorbankan salah seorang daripada dua pemain tersebut untuk diletakkan di posisi itu dan menggunakan khidmat Norhakim Hassan untuk beraksi di bahagian serangan.
Kim Pan Gon dijangka lakukan beberapa perubahan dalam senarai kesebelasan utama Harimau Malaya menjelang pertemuan berdepan Laos malam ini.
Khuzaimi Piee hampir pasti tidak dapat diturunkan susulan alami kekoyakan di bahagian betis.@ASTROARENA pic.twitter.com/3d16Fxjq8t
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) December 24, 2022
Apapun, semoga skuad kebangsaan mampu mencatat kemenangan untuk aksi malam ini dan mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan seterusnya.