“Tanpa Jese pun, JDT Sudah Berada Pada Tahap Tersendiri” – Asmawi Bakiri

Bekas pemain bola sepak legenda, Asmawi Bakiri menyifatkan kehadiran bekas tonggak Real Madrid iaitu Jese Rodriguez ke saingan Liga Malaysia mampu memberi impak cukup positif.

Terdahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) sah menandatangani khidmat Rodriguez untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan pasukan tersebut pada saingan musim ini.

Aspek utama kehadiran pemain tersebut dilihat bukan sahaja terarah kepada saingan domestik, tetapi turut bakal memperkuatkan kelab itu untuk mengharungi cabaran AFC Champions League Elite (ACLE).

Melihat pada situasi tersebut, Asmawi menyifatkan kualiti dimiliki Rodriguez mampu untuk menjarakkan lagi kekuatan semasa Harimau Selatan berbanding kelab lain.

“Sudah pasti ia memberi kesan kepada Liga Malaysia sendiri dia (Jese Rodriguez) diturunkan kerana sudah pasti boleh menjarakkan lagi kekuatan JDT bersama pasukan lain.

“”Sebelum ini tanpa Jese sekalipun, JDT sudah berada di tahap tersendiri,” kata beliau mengenai kehadiran Rodriguez bersama kelab gergasi Asia itu menerusi perkongsian dibuat oleh Stadium Astro.

Situasi lain menyaksikan Asmawi turut mencadangkan kepada Selangor untuk menandatangani pemain import lebih berkualiti demi memberi persaingan lebih sengit di pentas ACL 2.

Rekod menyaksikan musim ini JDT dan Selangor masing-masing membawa nama Malaysia untuk beraksi di kejohanan Asia dengan dua kelab itu sudah pun mempamerkan aksi cukup menyakinkan selepas dua perlawanan.

JDT ketika ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi dua perlawanan dengan satu keputusan seri serta sekali kemenangan ketika berdepan Shanghai Shenhua.

Sementara Selangor juga menampilkan kualiti permainan menyakinkan untuk tidak mencatat sebarang kekalahan selain meraih sekali kemenangan di laman sendiri.

Kedua pasukan tersebut juga menjadi antara paling aktif kini untuk menandatangani beberapa lagi pemain import demi memperkukuhkan prestasi semasa kelab.

Selain Rodriguez, laporan di media sosial turut menyatakan JDT bakal menandatangani seorang lagi pemain import baharu dalam usaha untuk terus mengukuhkan momentum semasa mereka di saingan Asia.

Sementara Selangor pula dilihat sudah pun menandatangani tiga lagi pemain baharu termasuk bintang kebangsaan Jordan iaitu Mohammad Abualnadi di posisi pertahanan kiri.

Sumber:
Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN