Tanpa Dion Cools Atas Urusan Peribadi, FAM Senaraikan 23 Pemain Untuk Piala AFF 2022

Sebentar tadi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengeluarkan senarai nama para pemain yang bakal mengharungi saingan Piala AFF 2022 tidak lama lagi.

Berdasarkan dua perlawanan ujian sebelum ini yang dihadapi oleh Harimau Malaya, ia memberi masa yang cukup untuk Kim Pan-gon menetapkan barisan pemain pilihannya bagi mengharungi aksi tersebut bermula pada minggu hadapan.

Antara terpilih pastinya Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Quentin Cheng Jiun-Ho, serta Safawi Rasid yang sebelum ini menjadi tunjang utama kekuatan skuad kebangsaan bawah kendalian Pan-gon.

Nama-nama baharu terpilih yang dianggap akan menjadi tumpuan para penyokong kali ini terarah kepada Stuart Wilkins, David Rowley, Muhammad Haqimi Azim Rosli, dan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau.

Lebih menarik, dua pemain naturalisasi baharu negara yang mempamerkan aksi positif sebelum ini iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero turut terpilih serta bakal menjadi aset penting buat negara.

Walaupun begitu, FAM telah pun mengeluarkan beberapa pemain yang sebelum ini dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad negara.

Pemain tersebut ialah Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, serta pemain muda berpotensi besar untuk negara iaitu Aliff Izwan Yuslan.

Lebih mengejutkan, pemain tonggak pertahanan negara iaitu Dion Cools turut tidak menyertai skuad kebangsaan kali ini dengan dinyatakan alasan urusan peribadi.

Cools yang memberi impak positif buat skuad negara sejak penyertaan beliau pada tahun lalu jelas memainkan peranan sangat penting dan dianggap sebagai aset utama Harimau Malaya.

“Lima pemain yang sebelum ini berada dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu tidak berada dalam senarai akhir tersebut iaitu penjaga gol, Azri Ab Ghani, Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan serta Dion Cools (urusan peribadi),” jelas kenyataan tersebut.

Malaysia bakal membuka tirai perlawanan mereka pada 21 Disember ini di Stadium Thuwunna, Yangon untuk membuat perhitungan menentang Myanmar.

Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos pada perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Disember 2022, dan hari berikutnya terbang ke Hanoi untuk perlawanan ketiga menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada Selasa, 27 Disember 2022.

Walaupun kombinasi pemain ini dianggap masih baharu, namun mereka berjaya membuktikan keserasian dengan sangat baik ketika dua aksi persahabatan lalu dan bakal menjadi subjek menarik untuk diperkatakan pada saingan Piala AFF ini.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN