Tangisan Yusri Che Lah, Bekas Pemain ‘Bernilai’ RM1 & Kini Kelabnya Juga Mahu Ditolak Dengan Nilai Yang Sama

Tangisan Yusri Che Lah Perak FC 2022 bermasalah RM1

Tangisan Yusri Che Lah sejurus tamat aksi Perak menentang Kijang Rangers telah berjaya dirakam lensa Arena Seladang seperti menggambarkan situasi tak terurus pasukannya dek kerana kegagalan pengurusan pasukan.

Pengurusan baharu pasukan, Impact Media & Communication (IMC) berdepan detik sukar untuk melangsaikan hutang lama termasuk gaji para pemain dan barisan kejurulatihan Perak FC untuk saingan Liga Premier 2022.

Sudahlah baru diturunkan pangkat ke Liga Premier buat kali pertama dalam sejarah pasukan, Perak berterusan melalui masalah dalaman yang dilihat tak kunjung habis dan kini pengurusan pasukan mahu menjual pasukan.

“Nilai RM1 Pun Tak Apa”- Perak Terdesak Cari Pemilik Baharu

“Kami sekarang nak jual saja, namun tak boleh sewenang-wenangnya berbuat demikian kerana individu atau syarikat yang berminat memiliki Perak perlu mengemukakan proof of funds terlebih dahulu.

“Saya boleh katakan ketika ini kami memang tak mampu. Malah perlawanan baru-baru ini pun agak perit untuk mencari sumber kewangan bagi membayar stadium. Jika nilai pasukan RM1 pun tak mengapa kerana yang penting adalah untuk menyerahkan Perak kepada pihak yang berminat dan berkemampuan.”

Muhammad Yunus Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak kepada Berita Harian

Yusri Che Lah RM1 Perlis MPPJ FC 2005

Ironinya, nilai RM1 yang disebut oleh Yunus Zakariah itu mengingatkan kita kepada kisah Yusri Che Lah yang terpalit dengan isu tanda harga RM1 yang diletakkan Perlis kepadanya ketika mahu berpindah ke MPPJ FC.

Disebabkan Yusri Che Lah terlalu mahukan perpindahan ke kelab berpangkalan di Petaling Jaya itu sehingga menyifatkan Singa Utara seperti mahu memusnahkan karier bola sepaknya, beliau akhirnya telah dilepaskan.

Menurut laporan Utusan Malaysia pada 19 November 2005, nilai RM1 yang diletakkan pihak pengurusan Perlis adalah disebabkan rasa kecewa mereka terhadap ‘perang mulut’ mereka dengan Yusri Che Lah ketika itu.

Begitupun, beliau akhirnya tampil membetulkan kisah tersebut sekitar tahun 2018 yang lalu. Menurutnya, beliau hanya berdiam diri selama ini atas sebab tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada kusut.

“Saya tidak pernah buka mulut mengenai perkara ini walaupun cerita RM1 sering dibangkitkan semula setiap kali timbul isu perpindahan pemain.

“Walaupun ketika itu saya malu dilabelkan sebagai pemain RM1, namun saya tidak membuat sebarang kenyataan bagi mengelak keadaan terus keruh antara saya dengan Perlis.

“Tapi sekarang biarlah saya dedahkan cerita yang betul kerana isu itu pun sudah menjadi sejarah. Sebenarnya, MPPJ membayar RM30,000 kepada Perlis untuk mendapatkan saya.

“Jadi, nilai sebenar saya bukanlah RM1 sebagaimana dihebohkan PFA melalui media.”

Yusri Che Lah kepada LaBola Malaya

Nampaknya nilai RM1 terlalu sinonim dan dekat dengan dirinya. Dulu orang katakan beliau pemain bernilai RM1 dan kini pasukan dibimbingnya pula mahu dilelong dengan nilai yang sama. Apa lagi boleh kita katakan?

Adakah beliau jurulatih yang malang atau nasib tak pernah menyebelahinya? Ketika menjadi ketua jurulatih, tampak segalanya tak pernah memihak kepada dirinya ketika bersama Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan Perak.

Semoga segala masalah yang membadai Perak akan reda juga selepas ini. Tangisan Yusri Che Lah ini bukanlah penamat kepada segalanya. Semoga tangisan ini mampu untuk membuka pintu hati pencinta bola sepak Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN