Tangani Krisis Pertahanan, Barcelona Jadikan David Luiz Sebagai Sasaran

Barcelona sedang berhadapan masalah di posisi pertahanan tengah selepas Samuel Umtiti dan Thomas Vermaelen terpaksa diketepikan dari skuad utama akibat kecederaan.

Pengurus pasukan, Ernesto Valverde terpaksa mengharapkan sepenuhnya khidmat Gerard Pique dengan dibantu pemain Perancis berusia 23 tahun iaitu Clement Lenglet untuk mengisi slot tersebut.

(Photo by Getty Images)

Walaupun kedua-dua mereka kini berada dalam cergas sepenuhnya, masa bermain yang padat dalam perlawanan-perlawanan mendatang memberi potensi kecederaan dan keletihan buat kedua-dua pemain.

Hal itu memaksa Valverde untuk mencari penyelesaian baru dengan mengintai beberapa calon lain yang sesuai sebagai sandaran untuk pasukan pada jendela perpindahan Januari hadapan.

Antara nama yang menjadi sebutan dan dikatakan berada di dalam perancangan gergasi Catalan itu ialah pertahanan tengah Chelsea, David Luiz.

Menurut sumber dari SportEnglish, Barcelona dilaporkan berminat untuk mendatangkan pertahanan kelahiran Brazil itu dan bersedia untuk membuat bidaan pada jendela perpindahan Januari akan datang.

Sebelum ini, Barcelona pernah cuba untuk mendapatkan Luiz, namun Chelsea enggan melepaskan pemain itu untuk menyertai pasukan mereka.

Sebaliknya, The Blues mengadakan perbincangan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan hasilnya, Chelsea melepaskan pemain itu ke Paris pada tahun 2014.

Nilai rekod perpindahan yang tinggi membuatkan David Luiz dinamakan sebagai pemain pertahanan termahal ketika itu apabila PSG membayar sebanyak £50 juta (RM269.19 juta) bagi mendapatkan pemain itu daripada Stamford Bridge.

Kekal kerana Maurizio Sarri

David Luiz pernah berhasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge selepas beliau sering disisihkan bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte pada kempen musim lalu.

Merupakan tonggak utama di dalam sistem tiga pertahanan ketika membantu Chelsea menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris pada musim pertama Conte di England, faktor kecederaan turut menyebabkan Luiz hanya tampil dalam 10 perlawanan pada musim lalu.

 

Ketibaan Sarri memberi peluang baru buat Luiz dan kebolehan beliau amat sesuai dengan corak permainan bekas pengendali Napoli itu sehingga diberikan peranan untuk mengetuai kembali bahagian pertahanan The Blues.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu setakat ini beraksi penuh di dalam 11 perlawanan sejak Chelsea dikendalikan oleh jurulatih dari Itali itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN