‘Tanda Solidariti’ – Malaysia Sedia Jadi ‘Rumah’ Untuk Skuad Palestin

Adam Adli Palestin

Malaysia membuka pintu seluas-luasnya buat pasukan bola sepak kebangsaan Palestin untuk beraksi di negara ini bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Australia pada

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menerusi ciapannya di Twitter mengesahkan pihaknya telah pun berhubung dengan Kedutaan Palestin di Malaysia untuk mengemukakan pelawaan tersebut.

“[Pihak] kami telah berhubung dengan Kedutaan Palestin pada petang ini dan membuat tawaran bagi menganjurkan perlawanan di antara Palestin dan Australia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bulan depan,” ujar Adam.

Tawaran tersebut dibuat susulan permintaan Persekutuan Bola Sepak Palestin untuk beraksi di Algeria telah ditolak oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) disebabkan venue tersebut terletak di benua yang berbeza di samping tiada kepastian mengenai ketersediaan fasiliti dan kebajikan pemain di negara Afrika tersebut.

Susulan situasi genting di Gaza, Persekutuan Bola Sepak Algeria (FAF) sebelum ini telah menyatakan kesudian mereka untuk menjadi ‘rumah’ buat skuad Palestin dan sedia untuk menangguh segala kos pengurusan pasukan tersebut.

Justeru itu Palestin dilihat agak terhimpit untuk mencalonkan lokasi baharu di mana-mana negara Asia yang lain sebelum 25 Oktober ini.

Menurut sumber, Palestin bukan sahaja memerlukan ‘rumah’ untuk satu perlawanan sahaja, tetapi juga untuk aksi pusingan kelayakan peringkat kumpulan lain yang dijadualkan sehingga Jun tahun depan.

Selain Australia, Palestin turut diundi bersama pasukan Lebanon dan Bangladesh dalam Kumpulan I.

Melihat sentimen semasa ketika ini, pastinya tiada masalah untuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta mana-mana pihak lain untuk menaja tempat penginapan, latihan dan venue perlawanan buat pasukan ini sebagai tanda solidariti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN