Tan Sri Elyas Omar yang merupakan bekas presiden bagi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur memberi cadangan agar Liga Malaysia dilangsungkan semula dalam bentuk liga semi-pro – lapor MalaysiaKini.
Bagi beliau, keputusan itu dapat membantu pasukan negara untuk kembali bersaing di tahap yang lebih tinggi seperti sebelum ini.
Kurang semangat
Antara punca yang menjadi sebab kenapa Elyas Omar mahu Liga Malaysia diadakan dalam format semi-pro adalah kerana kualiti liga itu sendiri.
Baginya, kualiti dan juga karakter yang ditunjukkan oleh pemain Liga Malaysia masa kini tidak menunjukkan kualiti seperti mereka adalah pemain profesional.
“Pemain Liga Malaysia masa kini belum lagi bersedia untuk bermain di liga profesional.”
“Masa dahulu, pemain kita adalah amatur tetapi memiliki karakter pemain profesional. Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Santokh Singh semuanya mempunyai karakter.”
Tambahan pula, pemain bola sepak ketika era liga semi-pro bermain dalam dengan dedikasi yang lebih tinggi dan kerana cinta terhadap permainan.
Sebagai contoh, lagenda negara Allayahram Mokhtar Dahari merupakan pegawai di PKNS. Selepas waktu pejabat, beliau akan ke latihan untuk berlatih – begitu juga dengan pemain-pemain lain.
Beliau juga menjadikan Iceland sebagai contoh terbaik. Negara yang hanya ada 300 ribu penduduk itu mengamalkan liga semi-pro dan masih mampu menewaskan England di Piala Eropah.
Masalah gaji
Bagi bekas jurulatih Kedah Azraai Khor Abdullah. Beliau merasakan cadangan Tan Sri Elyas Omar itu ada asasnya – lapor Arena Harimau Malaysia.
Hal ini kerana ia dapat membantu pasukan terutamanya dalam hal dana serta pembayaran gaji.
“Saya lihat dari segi pembayaran gaji dilihat agak relevan dan sesuai buat masa ini memandangkan banyak pasukan yang menghadapi masalah kewangan.”
“Ini bermakna pemain perlu berkerja dan bermain pada waktu tertentu dengan elaun yang telah ditetapkan.”
Namun bagi Azraai, cadangan untuk kembali ke format liga semi-pro tidak akan beri kesan kepada skuad kebangsaan.
“Apa yang penting bagi skuad kebangsaan adalah perubahan taktikal dalam skuad kebangsaan dan pembentukan pemain.”
Jadi apa pendapat anda mengenai perkara ini? Luahkan di ruangan komen.
Baca juga: Wenger: “2 Minggu Lalu Enrique Dibenci Peminat Barca, Kini Beliau Disanjung Mereka”