Tan Sri Annuar Musa Tak Setuju Dengan Penambahan Kuota Pemain Import Kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Bekas Presiden Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan penambahan kuota lima pemain import bagi setiap pasukan Liga Super musim depan menjejaskan keseimbangan pasukan yang bersaing.

Annuar berpendapat dasar Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) itu hanya akan memberi kelebihan kepada pasukan yang tidak mempunyai masalah kewangan namun sebaliknya memberi tekanan kepada pasukan yang berbelanja kecil musim depan.

Katanya, penambahan itu ia bakal memperlihatkan hanya lima pemain tempatan yang beraksi dalam sesuatu perlawanan selebihnya pasukan akan mengharapkan khidmat awang ímport.

Dasar FMLLP menambah kuota pemain impot kpd 5 orang akan terus memberi advantage kpd team KAYA dan memberi tekanan pada…

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Monday, November 20, 2017

“Dasar FMLLP menambah kuota pemain import kepada lima akan terus memberi kelebihan kepada pasukan kaya dan memberi tekanan kepada pasukan miskin.

“Ini bermakna daripada 10 pemain berlari atas padang, hanya lima pemain tempatan beraksi. Tiga daripadanya kemungkinan pemain posisi pertahanan dan yang lain terutama penyerang akan didominasi pemain import,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Annuar turut mendakwa dasar yang dilaksanakan bagi menentukan corak pertandingan liga bola sepak negara dilihat hanya didominasi FMLLP.

“Saya tidak pasti apakah dasar baharu ini sudah dilulus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta dipersetujui badan gabungan (Persatuan Bolasepak Negeri) atau FMLLP begitu berkuasa melaksanakan segalanya.

Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM turut berpandangan pengenalan terbaharu kuota kemasukan import ini akan menjejaskan peluang pemain tempatan mempamerkan kemampuan serta turut memperlihatkan peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP) semakin tersasar dalam liga utama bola sepak tempatan.

“Saya tidak fikir ini baik untuk masa depan bola sepak Malaysia. Ruang semakin sempit untuk pemain tempatan, kos mengendali pasukan Liga Super menjadi semakin tinggi dan jurang antara pasukan kaya dan miskin menjadi luas. FFP semakin jauh dari Liga Super nampaknya,” katanya.

FMLLP kini membenarkan pasukan Liga Super mendaftarkan lima pemain import termasuk seorang daripada Asia Tenggara (ASEAN). Pemain dari slot Asean ini wajib mempunyai sekurang-kurangnya 30 caps dengan skuad kebangsaan negara mereka.

PINDAAN JUMLAH KUOTA PEMAIN ASING LIGA SUPER 2018——–Liga Super 2018 menyaksikan lima (5) kuota Pemain Asing…

Posted by Malaysian Football League on Monday, November 20, 2017

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U