Tan Sri Annuar Musa Sumbangkan RM320,000, Bantu KAFA Bayar KWSP

Bekas Presiden dan juga penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa dahulu pernah berjanji akan sentiasa berada di belakang pasukan Kelantan dan pengurusan KAFA yang baru di bawah pimpinan Bibi Ramjani.

Terbaru dalam status facebook beliau Tan Sri Annuar Musa menyatakan yang beliau telah memberikan sumbangan sebanya RM320,000 kepada KAFA.

Jumlah itu adalah untuk membantu KAFA menejelaskan KWSP untuk pasukan Kelantan. Tidak pula dinyatakan sama ada ianya khas untuk KWSP pemain sahaja ataupun sekali dengan jurulatih. Jadi kami buat kesimpulan ianya adalah untuk pasukan Kelantan.

Tan Sri Annuar Musa mengesahkan yang beliau sudah memaklumkan hal itu kepada Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan.

Tan Sri Annuar Musa turut menyatakan, beliau berusaha untuk membantu KAFA sekadar yang beliau mampu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada The Red Warriors.

Kemurahan hati Tan Sri Annuar Musa dihargai oleh peminat-peminat pasukan Kelantan yang mengucapkan terima kasih di atas bantuan beliau.

Kelantan pada masa yang sama sedang dalam proses rombakan pasukan di bawah kendalian Fajr Ibrahim. Beberapa pemain sudah diarahkan mencari kelab baru dan digugurkan.

Fajr Ibrahim mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sejak beberapa hari lepas. FOTO: KAFA

Kelantan berada di tangga ke-11 Liga Super 2018 selepas perlawanan ke-5.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN