Annuar Musa Bentang Manifesto, Mahu Wujudkan ‘Financial Fair Play’ Dalam Liga Malaysia

Jika semalam, TMJ telah menjemput seluruh peminat bola sepak negara untuk mendengar bagaimana visi dan misi baginda jika berjaya menjadi presiden FAM.

Kini pesaing beliau, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) pula keluarkan manifesto beliau. Jom baca!

Dare To Dream

Dare To Dream adalah nama bagi manifesto beliau. Dengan batu asas kepada manifesto beliau adalah meningkatkan kecemerlangan melalui perancangan, penyertaan, keterbukaan dan juga merakyatkan bola sepak.

TSAM mahu jadikan bola sepak sebahagian daripada agenda nasional seiring dengan program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Ini bermaksud, prasarana bola sepak akan ditransformasikan ke arah yang lebih baik serta menwujudkan pusat kecemerlangan bola sepak menerusi program NFDP.

Terma merakyatkan bola sepak digunakan untuk pembangunan akar umbi serta bola sepak komuniti.

Selain itu juga, syarikat GLC dijangka akan digalakkan untuk sertai industri bola sepak jika TSAM menjadi presiden FAM.

Intensif korporat dan cukai juga akan diwujudkan.

Pembangunan menyeluruh

TSAM juga merancang untuk menjadikan pasukan negara sebagai pasukan terbilang dalam masa 30 tahun mendatang.

Caranya dengan membetulkan semula visi dan misi FAM dan juga mengubah DNA bola sepak negara menjadi DNA bola sepak yang lebih baik.

Liga bola sepak di setiap peringkat umur akan diperkenalkan selain Pelan Pembangunan Skuad Kebangsaan disamping Pelan Pembangunan Jurulatih & Pengadil turut diperkenalkan.

TSAM dan FAM akan wujudkan kerjasama global untuk memajukan bola sepak negara serta mewujudkan program ‘Learning It Right, Coach!”

Dalam masa yang sama, sains sukan akan dipertingkatkan.

Memperkasa FAM

TSAM juga akan mengubah struktur FAM dengan konsep pengkongsian sumber akan dilakukan sambil Majlis Konsultatif Presiden (PCC) akan diwujudkan.

TSAM juga akan menghadkan tempoh kuasa presiden kepada 3 penggal sahaja.

Membina semula Liga Malaysia

TSAM mahu membina semula Liga Malaysia menjadi liga yang lebih mantap berbanding sekarang.

Liga Malaysia akan dikendalikan oleh badan bebas dan tiada lagi campur tangan FAM seperti sekarang sekiranya beliau berkuasa.

Selain itu, kesemua 22 pasukan Liga Malaysia akan memiliki 70% hak dalam Liga Malaysia nanti.

TSAM cenderung untuk mengasah bakat muda dan ia merentasi 4 divisyen bermula dari liga divisyen 4 ke liga divisyen 2 iaitu Liga Perdana.

Beliau juga mahu mewujudkan badan kreatif untuk penjenamaan serta pemasaran liga supaya Liga Malaysia lebih dikenali di serata negara.

Selain itu, TSAM mahu wujudkan suasana bola sepak atau matchday experience yang lebih hebat dari setiap pasukan apabila beliau menjadi presiden.

Intipati paling utama dari bab ini adalah TSAM mahu mewujudkan financial fair play rules dimana gaji siling atau gaji maksimum pemain akan dihadkan.

Idea ini baik, namun begitu TSAM juga perlu memperkenalkan gaji mininum untuk pemain juga. Jika ada siling mesti kena ada lantainya juga bukan?

Pasukan kebangsaan

TSAM juga cenderung untuk mewujudkan sebuah pasukan kebangsaan yang berdaya saing di peringkat tertinggi.

Beliau mahu mencipta sebuah pasukan negara dengan misi untuk duduk di kelompok 100 pasukan tertinggi dalam ranking FIFA.

Selain itu, TSAM mahu jadikan Malaysia sebagai kuasa besar Asia Tenggara serta mengamalkan prinsip ‘bangunkan bakat tempatan, main seperti pasukan dunia’.

Bebas rasuah

TSAM juga mahu FAM menjadi badan yang bebas rasuah. Ini bermaksud pengurusan, pemain dan pegawai akan sifar daripada rasuah.

Adakah pegawai itu termasuk sekali dengan pegawai atasan FAM?

FAM Incoporated

Manifesto terakhir TSAM ada mewujudkan FAM Incoporated dengan mewujudkan Yayasan FAM serta menggunakan setiap nilai yang ada demi kemajuan bola sepak negara.

Kesimpulan

Manifesto TSAM ini bagaimana pun hanya dibentangkan secara ringkas 0leh beliau di laman Facebook beliau.

Menurut TSAM, penerangan penuh manifesto beliau akan dibentangkan secara lebih mendalam pada bulan depan.

Oleh itu kami tanya lagi soalan yang sama kepada anda semalam dengan nama yang berbeza. Jadi rakyat Malaysia, anda rasa TSAM adalah orangnya?

Baca juga: TMJ Mahu ‘Bersihkan’ FAM, Ingin Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Pilih Presiden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN