Tan Sri Annuar Musa Lancar Akademi Bolasepak Sendiri

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meneruskan usaha program pembangunan akar umbi bola sepak Kelantan apabila menubuhkan sebuah akademi bola sepak bagi melahirkan bakat baharu.

Menurut Annuar, akademi ini akan dilancar pada 17 Februari depan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal, dan mempunyai 30 jurulatih serta empat daripadanya adalah dari Croatia dan Jepun. Akademi ini akan mengikut acuan pembangunan bola sepak dari Croatia dan Jepun.

“Insya-Allah sebuah akademi induk (ditubuhkan) serta lapan satelit membabitkan kawasan Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu, Kubang Kerian dan Ketereh.

“Dijangkakan 500 pelatih bakal dipilih bermula peringkat umur 10 tahun ke bawah dan dua pusat elit untuk kategori 14 dan 15 tahun,” katanya menerusi entri Facebooknya, hari ini.

Beliau yang pernah memimpin pasukan Kelantan sehingga membuahkan kejayaan treble dalam Liga Malaysia (Liga-M) pada 2012 itu berkata, beberapa syarikat sudah ditawarkan bagi penajaan akademi terbabit.

“Beberapa syarikat sudah dijemput untuk turut menaja akademi ini. Insya-Allah minggu depan saya sendiri akan melawat beberapa akademi luar negara untuk memuktamadkan model akademi dan corak kejurulatihan yang akan diguna pakai,” katanya.

Difahamkan akademi itu akan menampung seramai 600 pemain berusia sembilan hingga 16 tahun.

“500 daripada jumlah itu untuk kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 dan 100 untuk yang berumur 13 hingga 16 tahun.

“Akademi ini juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan kerana kita menggunakan SMK Chengal dan Kadok serta 10 Sekolah Kebangsaan di daerah ini, Bachok dan Machang,” katanya kepada Berita Harian.

Turut hadir pada Majlis Pengisytiharan akademi bolasepak TSAM ARMY ialah pengarah JPN Kelantan, Zahari Othman dan Pengarah MSN Kelantan Mohmad Noordin Awang.

Annuar turut menjelaskan akademi itu bernaung di bawah KAFA dan mereka akan cuba berkerjasama demi pembangunan bola sepak Kelantan.

“KAFA adalah badan induk menguruskan aktiviti bola sepak di negeri ini dan TSAM ARMY wajib bekerjasama.

“Sebagai contoh daripada segi pelesenan jurulatih, jika KAFA ada program kejurulatihan, kita akan hantar mereka sertai program terbabit kerana mahukan jurulatih yang benar-benar layak,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN