Tan Sri Annuar Musa Kembali Rebut Jawatan Presiden FAM

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mengesahkan akan bertanding untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau mengumumkan keputusan untuk menerima pencalonan bagi ‘kerusi panas’ itu menerusi akaun Facebooknya selepas menerima kunjungan daripada Datuk Yusoff Mahadi yang menghantar borang pencalonan.

Ini bermakna beliau akan bertanding menentang Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang merupakan calon pilihan selepas dilaporkan mendapat 18 pencalonan daripada ahli gabungan badan induk berkenaan.

“Terima kasih Yang Berbahagia Datuk Yusoff Mahadi, Pemangku Presiden FAM yang datang ke pejabat saya untuk menghantar borang pencalonan Presiden FAM.

“Saya merasakan perwakilan Kongres FAM, Julai nanti wajar diberikan peluang memilih antara alternatif yang berbagai-bagai dan berbeza secara bebas dan terbuka tetapi dalam suasana penuh semangat kesukanan.

“Sudah lama bola sepak negara tercari-cari dan ternanti-nanti satu sentuhan yang benar-benar mengangkat bola sepak Malaysia ke satu tahap baharu.

“Sesuai dengan semangat itu, saya mengesahkan sudah membuat keputusan untuk menerima pencalonan bagi jawatan Presiden FAM,” katanya.

Kelmarin, persaingan tiga penjuru yang diharapkan tidak menjadi apabila seorang lagi calon iaitu Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menolak pencalonan untuk bertanding jawatan berkenaan.

Sambil mengakui terpaksa mengambil masa untuk membuat keputusan itu, Azim menjelaskan faktor ingin memberi fokus kepada jawatan lain termasuk sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) menyebabkan beliau berbuat demikian.

Sebelum ini, Yusoff mengesahkan hanya Hamidin yang sudah mengesahkan pencalonan untuk merebut kerusi yang ditinggalkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dengan pemilihan dijadualkan berlangsung pada kongres badan induk itu, 14 Julai ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN