TSAM: “Zahasmi Ismail Mohon Saya Bantu KAFA Bawa Jurulatih Antarabangsa”

Kelantan dijangka bakal menggunakan khidmat jurulatih import untuk menguatkan semula pasukan mereka.

Menurut bekas Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa, pertimbangan diatas cadangan itu akan dilakukan bagi memastikan Kelantan terus menjadi pasukan yang mencabar kejuaraan di Liga Malaysia.

Menurut laman Facebooknya, Annuar mengatakan permintaan itu hadir daripada ketua jurulatih Kelantan sendiri iaitu Zahasmi Ismail.

Menurut Annuar, Zahasmi mengatakan yang beliau meminta agar pihak KAFA mencari jurulatih antarabangsa untuk membantu menaikkan semula bola sepak Kelantan.

Ketua jurulatih Kelantan ada menghubungi saya bagi kali kedua memohon saya membantu KAFA dengan membawa jurulatih antarabangsa.”

Annuar menambah lagi yang beliau bakal berbincang dengan pengurus pasukan iaitu Dato’ Rosmadi dan juga Presiden KAFA sendiri iaitu Dato’ Sri Affendi Hamzah mengenai kemungkinan untuk membawa masuk jurulatih antarabangsa ke dalam skuad Kelantan.

“Saya akan bincang dengan pengurus pasukan Dato’ Rosmadi dan Presiden KAFA Dato’ Affandi Hamzah mengenai hal ini.”

“Kita usahakan jika perlu begitu.”

Jadi andai benar Kelantan mahu mendapatkan jurulatih antarabangsa, siapakah pilihan anda para peminat Kelantan?

Nyatakan di ruangan komen!

Baca juga: Silvio Berlusconi Jual AC Milan Kepada Pemilik Baharu Selepas 31 Tahun 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN