Tan Sri Annuar Musa Antara 3 Nama Dicalonkan Sebagai Presiden FAM Yang Baru

FAM dalam kenyataan media mereka menerusi pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi telah mengumumkan ada 3 nama dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden FAM.

Kenyataan media FAM menyatakan:

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa tiga individu iaitu:

1. Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin

2. Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi

3. Tan Sri Annuar Musa

; telah dicalonkan bagi mengisi jawatan Presiden FAM yang baharu.”

“Selepas tempoh pencalonan yang dibuka pada 2 April 2018 berakhir pada jam 5.00 petang tadi, FAM hanya menerima tiga nama berkenaan sebagai calon daripada ahli-ahli gabungan yang telah mengembalikan kertas pencalonan masing-masing.”

“Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka perlu mengesahkan penerimaan pencalonan masing-masing sebelum atau pada 14 Jun 2018, iaitu sebulan sebelum berlangsungnya Kongres FAM Ke-54 pada 14 Julai 2018.”

“Jika terdapat lebih daripada seorang calon sah ingin bertanding, maka undian pemilihan Presiden FAM yang baharu perlu dijalankan pada Kongres FAM Ke-54. Jika hanya seorang calon yang mengesahkan penerimaan pencalonannya, maka secara tidak rasminya beliau menang tanpa bertanding.

Bagaimanapun, pemilihan calon berkenaan sebagai Presiden FAM yang baharu bagi penggal 2018-2021 hanya akan disahkan secara rasmi pada Kongres FAM Ke-54 itu nanti.

Jawatan Presiden FAM kosong selepas Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Mesyuarat Khas Pertama bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 2 April 2018 menerima peletakan jawatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden FAM yang telah disandang baginda mulai 25 Mac 2017.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN