Tan Cheng Hoe Wajar Kekal Di Thailand Atau Kembali Ke Malaysia?

Pengendali berpengalaman, Tan Cheng Hoe secara rasminya kini tidak lagi bersama Police Tero di saingan Thai League 1 selepas pasukan tersebut tidak menyambung kontrak beliau untuk musim seterusnya.

Perkhabaran tersebut dilaporkan sendiri oleh Zulhelmi Zainal Azam sebelum itu dengan menyatakan Police Tero bakal menggunakan khidmat jurulatih tempatan pada saingan hadapan berbanding menyambung kontrak jurulatih itu.

“Tan Cheng Hoe difahamkan tidak kekal bersama Police Tero. Kelab berkenaan kembali menggunakan jurulatih tempatan susulan tersingkir ke Thai League 2,” ujar Zulhelmi menerusi media sosial X.

Ianya jelas merupakan suatu tamparan buat Cheng Hoe yang diakui sebagai antara jurulatih tempatan terbaik di Malaysia, apabila beliau melalui musim cukup sukar di Thailand.

Tiada asbab kukuh diketahui mengapa Cheng Hoe memilih untuk bersama kelab yang sedang mengalami saat sukar musim lalu tatkala dirinya menamatkan kempen di Malaysia cukup positif buat Selangor di pentas domestik.

Menamatkan saingan di tangga kedua Liga Super serta memastikan The Red Giants meraih slot ke saingan Asia, jelas tindakan Cheng bersama Police Tero bukan sesuatu baik.

Selain memastikan Police Tero berada di tangga kedua tercorot, kualiti permainan pasukan tersebut juga gagal diselamatkan oleh Cheng Hoe pada musim lalu.

Persoalan ketika ini timbul dalam kalangan peminat jika pengendali kelahiran Kedah itu akan terus kekal di sana atau kembali melatih kelab-kelab di Malaysia.

Jika ingin meneruskan cabaran baharu seperti diperkatakan sebelum ini, Cheng Hoe wajar kekal di Thailand dan menanti sahaja mana-mana tawaran kelab lain untuk memulakan segalanya musim akan datang.

Tidak tertakluk kepada kelab utama di Thailand sahaja, jurulatih berkenaan juga boleh menyingkap muka surat baharu dalam karier selaku pengendali buat kelab-kelab di divisyen lain.

Kualiti dan pengalaman dimiliki Cheng Hoe menjadikan beliau sebenarnya tidak sukar untuk mendapat tempat bersama mana-mana kelab di Thailand atau pasukan sekitar Asia Tenggara kini.

Atau, bekas jurulatih Selangor itu boleh sahaja pulang ke Malaysia dan berehat seketika sebelum kembali mendapat tawaran mana-mana pasukan tempatan di saingan Liga Super atau Semi-Pro.

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA pula, sebaiknya Cheng Hoe terus kekal berada di luar negara kini untuk terus mencabar diri dalam dunia kejurulatihan serta memberi contoh buat pengendali-pengendali tempatan lain untuk lebih berani selain kekal di pentas domestik.

Pandangan anda pula?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN