Tan Cheng Hoe Tidak Mahu Penyokong Negara Cetus Provokasi Di SNBJ

Jika dilihat di atas kertas, pasukan negara mungkin dilihat memiliki segala kelebihan berbanding lawan mereka Indonesia di perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 esok.

Selain daripada moral pasukan Indonesia tampak goyah selepas gagal mengutip mata selepas empat perlawanan, aksi di tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil juga boleh dianggap sebagai satu kelebihan bagi pasukan negara.

Namun bagi Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, kelebihan itu tidak bermakna apa-apa jika tidak dipergunakan dengan sebetulnya pada hari perlawanan nanti.

Foto: PFAM

Antara perkara yang ditekankan oleh Tan Cheng Hoe melalui sidang media pra perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tengah hari tadi ialah peranan penyokong.

Perkara terutama yang perlu dilakukan oleh penyokong yang hadir esok ialah untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada pasukan negara, dan elakkan dari melakukan provokasi yang akan menimbulkan masalah sehingga mengganggu rentak perlawanan kedua-dua pasukan.

“Saya sentiasa menasihati pemain supaya terus fokus dalam setiap perlawanan walaupun kita ketahui Indonesia berdepan dengan pelbagai masalah namun kali ini tampil dengan pasukan lebih baik.

“Saya harapkan penyokong datang menikmati perlawanan dan elak cetuskan provokasi atau kekecohan nanti,” ujar beliau pada hari ini.

Apa yang dikatakan oleh Tan Cheng Hoe ada asasnya. Dalam pertemuan pertama di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) pada awal September lalu, pengadil terpaksa menghentikan perlawanan sehingga lapan minit pada babak kedua perlawanan akibat provokasi yang dilakukan oleh penyokong tuan rumah.

Akibatnya, pemain-pemain Indonesia seperti hilang tumpuan sebelum gol kemenangan Harimau Malaya dijaringkan oleh Mohamadou Sumareh tiba di masa kecederaan yang dilanjutkan pengadil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN