Tan Cheng Hoe Seru Penyokong Banjiri SNBJ Demi Harimau Malaya

Penyokong Bola Sepak

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyeru agar penyokong pasukan negara ‘turun stadium’ dengan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk menzahirkan sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Pasukan negara akan bertemu dengan Jordan di SNBJ pada Jumaat ini. Walaupun terdapat kenaikan harga tiket untuk aksi persahabatan antarabangsa. ia sepatutnya tidak menjadi penghalang bagi penyokong untuk memberi sokongan padu kepada barisan pemain negara.

FOTO: FAM

Bagi Cheng Hoe, kehadiran ‘pemain ke-12’, atau lebih dikenali sebagao ‘ekor’ akan menyemarakkan lagi semangat pemain untuk memburu kemenangan ke atas Jordan.

Walaupun sekadar aksi antarabangsa, kemenangan ke atas Jordan akan memberikan semangat dan keyakinan kepada barisan pemain untuk berhadapan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September hadapan di aksi pembukaan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bercakap kepada wartawan selepas sesi latihan di Cheras semalam, Cheng Hoe dipetik sebagai berkata:

“Setiap kali, pasukan Harimau Malaya turun beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia memberi satu motivasi tambahan kepada pemain untuk berusaha memberi persembahan terbaik menerusi kehadiran penyokong yang agak ramai.

Kredit: FAM

“Dengan sambutan Hari Kebangsaan semakin hampir, kita harap Stadium Nasional akan dipenuhi oleh peminat bola sepak negara.”

Sebelum itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan harga tiket perlawanan Malaysia dan Jordan akan dijual secara dalam talian melalui pautan www.tickethotline.com.my.

Harga tiket dewasa bagi tempat duduk utama (grandstand) ditetapkan pada kadar RM40 dan RM20 bagi tempat duduk terbuka.

Manakala untuk kanak-kanak berusia tujuh sehingga 12 tahun, tiket perlawanan akan dijual pada harga RM5.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN