Tan Cheng Hoe: Sepak Mula 28 Februari Tak Jejaskan Persiapan Skuad Kebangsaan

Tan Cheng Hoe

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan Liga Malaysia yang bakal membuka tirai pada 28 Februari depan dijangka tidak akan menjejaskan persiapan skuad kebangsaan.

Ini kerana Cheng Hoe mendedahkan beliau telah mengadakan perbincangan awal terlebih dahulu bersama Malaysian Football League (MFL) sebelum kalendar bola sepak tempatan itu dikeluarkan.

Sebelum ini, MFL dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan saingan Liga Malaysia akan bermula pada 28 Februari depan dengan aksi Piala Sumbangsih akan membuka tirai terlebih dahulu menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala FA, Kedah.

Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, skuad kebangsaan perlu melakukan persiapan menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di mana Malaysia dijadualkan bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac depan.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe tidak berpendapat jadual Liga Malaysia ini bermula agak lewat kerana beliau bersama-sama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL sudah pun berbincang awal dengan mengambil kira pelbagai faktor sebelum menetapkan tarikh sepak mula.

Jelasnya, beliau percaya barisan pemain mampu mendapatkan momentum terbaik dalam masa yang ada baik di saingan liga dan pasukan kebangsaan.

Liga Malaysia 2020 Bermula 28 Februari

“Kami di bahagian pengurusan FAM dan MFL memang selalu berbincang mangenai jadual pasukan baik untuk saingan Liga Malaysia dan skuad kebangsaan.

“Dalam masa yang sama, saya mendapat maklum balas yang baik daripada MFL dan kami pun sama-sama bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Saya juga selalu mengingatkan kepada pemain-pemain bahawa mereka kena pandai selaraskan masa dan sesuaikan diri dengan cepat dalam suasana ketika aksi dalam liga dan pasukan kebangsaan.

“Saya sebagai jurulatih sentiasa positif bahawa prestasi pemain-pemain akan terus konsisten sebaik sahaja liga bermula dan saya juga tidak mahu mereka berasa terlalu padat dengan jadual kemudian cepat penat di kemudian hari”, jelasnya.

Skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan selesa di tangga kedua Kumpulan G selepas mencatat tiga kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand dengan 9 mata.

Mereka perlu mengharungi baki tiga lagi perlawanan penting pada tahun hadapan bermula dengan perlawanan berdepan UAE pada 26 Mac diikuti Vietnam pada 31 Mac sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Thailand pada Jun.

Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Malaysia – FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN