Tan Cheng Hoe: Rombakan Pasukan Bukan Sebab Tekanan Penyokong

Tan Cheng Hoe Malaysia 2021 tekanan

Adakah rombakan barisan pemain dalam skuad kebangsaan adalah atas tekanan dan desakan penyokong? Menurut pengendalinya, Tan Cheng Hoe, ia bukanlah atas sebab tekanan, tetapi lebih kepada pendedahan.

Jika dilihat senarai pemain yang berada di kem skuad kebangsaan kini, jelas ia seperti yang para penyokong inginkan ketika pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 pada Jun lalu. Majoriti dipilih atas sebab prestasi dan minit permainan, seperti yang disebut-sebut oleh penyokong dan media tempatan sebelum ini.

Antara yang mendapat tempat kali ini adalah Al-Hafiz Harun, Hakimi Abdullah, Quentin Cheng dan Arif Fadzilah. Selain itu, pemain yang Semuanya BOLA pernah sarankan, Fayadh Zulkifli juga turut dipanggil.

Ketika pusingan kelayakan Piala Dunia tempohari, majoriti pemain yang dibawa tidak meraih minit permainan yang banyak bersama pasukan masing-masing. Ia menyumbang kritikan apabila persembahan skuad negara juga hambar apabila tewas tiga daripada empat aksi di Dubai, UAE – hanya menang ke atas Thailand.

Jadi, adakah kali ini, Cheng Hoe cuba membuktikan sesuatu kepada para penyokong? Adakah berdepan pasukan seperti Jordan dan Uzbekistan dengan majoriti pemain baharu mungkin akan merosakkan pasukan?

Menurut Cheng Hoe yang ditemui media sebelum berangkat ke Jordan, “Saya merombak pasukan bukan kerana tekanan, keutamaan skuad kebangsaan sekarang adalah kita memerlukan ramai pemain supaya pada masa depan jika ada pemain dapat kecederaan atau digantung perlawanan, ada pemain yang bersedia.”

“Kita tahu ini masa terbaik nak menguji pemain baharu, termasuk pemain senior bagi membentuk pasukan, seterusnya bersedia untuk Piala AFF 2020 dan kelayakan Piala Asia nanti,” jelas Cheng Hoe lagi mengenainya.

Berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat barisan kesebelasan utama yang lebih segar berbanding muka yang sama seperti di posisi bek kiri yang merupakan milik kekal Corbin Ong sebelum-sebelum ini.

Antara bek kiri yang disenaraikan kali ini yang mungkin akan tampil dalam kesebelasan utama adalah Arif Fadzilah dan Ariff Farhan. Menurutnya lagi, “Kita harap pemain baru yang dipanggil seperti Quentin [Cheng] dan Arif Fadzilah mendapat pendedahan dan melihat sama ada mereka sesuai [atau tidak selepas ini],”

“Kalau tanya mana-mana jurulatih pun mereka nak dua-dua [keputusan dan pendedahan] sekali, tetapi dua perlawanan ini adalah sebagai pendedahan kepada pemain baharu di samping kita nak pastikan keserasian dan momentum pasukan [dapat diteruskan],” tegas Cheng Hoe sebelum mereka berangkat pada Sabtu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN