Tan Cheng Hoe Pertahankan Tindakannya Menurunkan Hazwan Bakri

Kekalahan 0-1 Malaysia kepada Singapura dalam saingan Piala Airmarine di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada penyokong bola sepak tanah air sekaligus menyaksikan skuad negara gagal mara ke final pada edisi sulung kejohanan itu.

Malah, para penyokong mempertikaikan kewajaran pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menurunkan pemain yang jarang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini iaitu Hazwan Bakri berbanding Faiz Nasir atau Hadin Azman.

Mengulas mengenai isu itu, Cheng Hoe tampil menjelaskan kenapa beliau membuat keputusan tersebut menggantikan Syazwan Zainon pada separuh masa kedua.

“Kenapa bukan Faiz Nasir? Bagi saya posisi yang saya mahukan pada waktu itu agak berlainan yang mana Faiz lebih sesuai bermain di posisi nombor 10.

“Hazwan sudah terlepas banyak perlawanan, jadi saya rasa untuk posisi itu dia boleh beri banyak impak kepada pemain negara pada waktu itu,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

FOTO: FAM

Bagaimanapun, Cheng Hoe mengakui kekalahan tipis kepada pasukan jiran itu agak mengecewakan kerana boleh menjejaskan kedudukan ranking negara dan undian kelayakan Piala Dunia. 

“Dalam mana-mana kejohanan sebagai jurulatih kita memang mahukan kejayaan. Bagi saya jika ada kejayaan ia milik bersama, dan jika kalah kita juga kena bertanggungjawab bersama.

“Tidak seharusnya jurulatih sahaja dipertanggungjawabkan (bila tewas). Ya, memang pemilihan pemain itu tugas saya, tapi dalam situasi ini semua kena beri komitmen penuh jika mahu capai yang terbaik.

“Kalau tanya, memang saya tak puas hati dan kecewa. Tapi dalam bola sepak, sebagai jurulatih saya perlu kekal positif dan melupakan apa yang berlaku. Jika kita kalah dan asyik beri seribu satu alasan, sampai bila-bila pasukan kita masih di situ,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN