Tan Cheng Hoe Panggil Zarif Irfan Ganti Tempat Hafizul Hakim

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah memanggil penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin ke kem latihan pusat bermula 27 Mei ini bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada bulan depan.

Pemain yang berusia 24 tahun itu menggantikan tempat penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang mengalami kecederaaan.

Beliau akan menyertai 26 pemain lain yang telah dipilih oleh Tan Cheng Hoe. Bek kiri JDT, Corbin Ong dan pemain pertahanan tengah PKNS FC, Rodney Celvin adalah antara pemain baharu yang turut memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Skuad negara akan menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal pada 2 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemudian, 23 pemain terbaik akan dipilih membawa cabaran negara menentang Timor Leste pada 7 Jun dan 11 Jun untuk aksi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia di stadium yang sama.

Jika menang, skuad Harimau Malaya akan mara ke pusingan kedua bersama 40 pasukan iaitu pasukan yang berada di ranking 1 hingga 34 asia serta 6 pasukan yang menang di pusingan pertama akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 pasukan.

Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan naib juara yang terbaik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023. Manakala baki pasukan yang lain akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN