Tan Cheng Hoe Panggil Dua Muka Baharu Perkuat Skuad Harimau Malaya

Tiga perlawanan antarabangsa bakal dihadapi oleh skuad Harimau Malaya kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe sepanjang Oktober ini.

Selain daripada aksi ketiga Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, pasukan negara juga akan beraksi dalam perlawanan persahatan antarabangsa sebelum dan selepas perlawanan menentang Vietnam.

Sepanjang Oktober yang akan datang,  pasukan negara akan bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), perlawanan Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 (Khamis) dan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober 2019 (Selasa).

Untuk itu, Tan Cheng Hoe telah mengekalkan 23 pemain yang berada di dalam skuad yang berhadapan Jordan, Indonesia dan UAE sebelum ini.

Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia di laman sesawang mereka pada hari ini, hanya pemain sayap, Hadin Azman digugurkan untuk berada di dalam senarai menunggu.

Untuk melengkapkan senarai 25 pemain, Cheng Hoe telah memanggil pemain pertahanan berpengalaman dari JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pemain tengah Selangor, Abdul Halim Saari.

Selain Hadin Azman, enam pemain lain yang turut berada di dalam senarai menunggu sekiranya terdapat kecederaan kepada pemain sedia ada ialah Syazwan Andik Ishak (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Amirul Azhan Aznan (Perak) serta Azzizan Nordin dan Rawilson Batuil (Sabah).

Foto Hadapan: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN