Cheng Hoe Terpaksa Lepaskan 4 Pemain, 3 Daripadanya Adalah Pemain JDT

Tan Cheng Hoe

Baru-baru ini laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe telah memanggil tiga nama baharu untuk kem skuad kebangsaan.

Tiga pemain baharu yang mendapat panggilan pada Khamis lalu adalah pertahanan Kedah, Syawal Nordin, pemain sayap Pahang, R. Kogileswaran dan juga pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin.

Berbeza dengan Syawal dan Kogileswaran, ini merupakan panggilan pertama buat bekas kapten skuad Harimau Muda B yang beraksi di Liga Singapura pada 2013, Azzizan Nordin.

Melihat senarai pemain yang telah dipanggil sebelum ini oleh Cheng Hoe, jelas yang kehadiran pemain berusia 24 tahun itu adalah untuk diuji di posisi pemain tengah bertahan.

Walaubagaimanapun, pada hari pertama latihan pusat skuad kebangsaan yang dijalankan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, perkara lain yang telah mencuri tumpuan.

Sesi latihan pertama tersebut menyaksikan tiada kelibat empat orang pemain iaitu tiga orang pemain daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga seorang pemain daripada Kedah.

Ia menjadi tumpuan kerana, sangkaan oleh segelintir penyokong bolasepak negara yang pasti ada pemain-pemain daripada JDT yang tidak akan melaporkan diri menjadi kenyataan.

FOTO: FAM

Mereka adalah Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad dan juga Rizal Ghazali menjadikan keseluruhan pemain di tangan Cheng Hoe ketika ini mengecil kepada 23 orang pemain.

Namun, menurut laporan Berita Harian, Cheng Hoe memiliki alasan tersendiri untuk menyisihkan keempat-empat pemain tersebut daripada kem latihan skuad kebangsaan kali ini.

“Menerusi laporan doktor, Rizal mengalami kecederaan lutut, Syafiq minta pelepasan kerana baru menimang cahaya mata, Safawi terlalu banyak perlawanan jadi kami bagi dia rehat, yang penting saya nak dia sedia pada Piala AFF nanti.

“Adam juga keletihan jadi kami bagi dia pelepasan. Saya rasa 23 pemain sudah cukup, saya harap pemain yang lapor diri ini bebas daripada kecederaan dan dapat beri tumpuan 100 peratus,” jelas Cheng Hoe kepada media, kelmarin.

Skuad Harimau Malaya dijangka akan berlepas ke Taipei pada esok (Rabu) dan akan melalui dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Chinese Taipei dan Kemboja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN