Tan Cheng Hoe Dedikasi Kemenangan Buat Mantan Presiden FAM, DYAM TMJ

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe mendedikasikan kemenangan pertama di dalam 13 perlawanan antarabangsa kepada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, DYAM Tunku Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Perletakkan jawatan DYAM TMJ diterima sebulat suara oleh Exco FAM dalam mesyuarat badan induk bola sepak negara tersebut sebentar tadi.

Kredit: FAM, Facebook.

Kemenangan besar 7-0 ke atas Bhutan pada malam tadi adalah kemenangan pertama di pentas antarabangsa buat skuad negara sejak November 2016.

Selepas kemenangan penuh bergaya itu, Cheng Hoe yang dilantik untuk mengambil alih daripada Nelo Vingada pada tahun lalu mendedikasikan kemenangan tersebut kepada TMJ yang menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Presiden FAM pada minggu lalu.

“Kami sangat dahagakan kemenangan. Pemain memberikan setiap kudrat sepanjang 90 minit perlawanan. Akhirnya kemarau kemenangan dalam 12 perlawanan sebelum ini berjaya ditamatkan.”

“Kemenangan ini turut didedikasikan khas buat TMJ yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan,” ujar Cheng Hoe selepas selesai perlawanan.

Kredit: FAM, Facebook.

Skuad Harimau Malaya mengamuk dalam perlawanan persahabatan menentang Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi, dan turut menyaksikan penyerang Kuala Lumpur, Zaquan Adha menjaringkan 4 gol.

Tiga lagi gol pasukan negara dijaringkan oleh Wan Zack Haikal, Irfan Zakaria, dan Syafiq Ahmad, sekaligus memadam episod memalukan apabila sekadar seri 2-2 menentang Mongolia baru-baru ini.

Ia juga merupakan kemenangan terbesar yang pernah direkodkan oleh skuad negara di saingan antarabangsa setelah membelasah Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan pada 2012.

Walaupun berhadapan dengan pasukan Bhutan yang dibarisi ramai pemain lepasan sekolah menengah dan universiti, saingan Bhutan langsung tidak dipandang ringan oleh Cheng Hoe dan anak buahnya pada malam tadi.

Kredit: FAM, Facebook.

Malah keputusan perlawanan mungkin berakhir dengan kemenangan yang lebih besar jika peluang yang terhidang mampu disudahkan dengan lebih baik.

“Kami menunjukkan persembahan yang konsisten pada malam ini (malam tadi), namun mengakui masih banyak perkara harus dilakukan. Kemenangan akan memberi kepercayaan kepada diri pemain, dan keyakinan untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” tambah Cheng Hoe.

Cheng Hoe sebelum ini melakukan rombakan dengan mengugurkan 12 pemain JDT, dan memanggil 9 muka baharu sebelum pasukan itu terbang ke Beirut untuk menentang Lebanon.

Kredit: FAM, Facebook.

“Kami memberikan peluang kepada semua pemain. Kumpulan pemain baru ini memberikan saya lebih banyak pilihan. Dan sudah tentu kita memerlukan pemain terbaik untuk membentuk sebuah pasukan kebangsaan,” jelas beliau akan perubahan yang dilakukan sebelum ini.

Tan Cheng Hoe turut mengesahkan beliau akan terus turun padang untuk mencari sendiri pemain yang berpotensi untuk diserap masuk menyertai skuad kebangsaan untuk cabaran Piala AFF Suzuki pada November depan.

Skuad negara turut dijangka akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan pada Julai dan September akan datang berdasarkan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA.

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN