Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya

1510-MAS-vs-KYRGYSTAN-LATIHAN-TAN-CHENG-HOE-harimau-malaya

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe akan membuat penstrukturan semula senarai pemain yang bakal dipanggil ke kem latihan Harimau Malaya, bulan depan.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam kepada pihak media beberapa hari yang lalu. Skuad negara sudah setahun tidak melalui aksi kompetitif berikutan COVID-19.

Kali terakhir skuad negara beraksi adalah ketika menewaskan Indonesia 2-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada November 2019. Untuk tahun ini, semua aktiviti sukan di seluruh dunia digantung akibat pandemik COVID-19 yang telah mula melanda dunia pada awal tahun yang lalu.

Menurut Stuart Ramalingam, kem latihan skuad kebangsaan amat penting bagi memastikan momentum pasukan tidak terjejas kerana skuad negara dilihat memiliki peluang cerah untuk layak ke Piala Asia secara merit. Dalam saingan Kumpulan G, berbaki tiga perlawanan, Malaysia saat ini berada di kedudukan kedua.

Malaysia mengumpul sembilan mata, dua mata di belakang Vietnam dan satu mata di depan Thailand yang berada di kedudukan ketiga. Begitupun, UAE yang mendiami posisi keempat dengan enam mata, masih kekurangan satu perlawanan.

Begitupun, beliau menjelaskan yang akan berlaku penstrukturan semula senarai pemain yang bakal dipanggil oleh Tan Cheng Hoe pada pertengahan Januari depan.

Katanya kepada Berita Harian, “Kem latihan yang dijadualkan pada 15 hingga 26 Januari tahun depan akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 28 hingga 32 pemain bagi membolehkan Cheng Hoe menilai kemampuan pemain terbabit.”

“Saya percaya Cheng Hoe tidak akan memanggil skuad penuh memandangkan kem ini akan membabitkan beberapa pemain baharu dan menilai sejauh mana kesesuaian pemain itu. Tiada perlawanan persahabatan,” tambah Stuart Ramalingam lagi.

Tentunya menarik untuk disaksikan siapakah muka baharu yang bakal mendapat panggilan daripada Cheng Hoe dan pastinya, Liridon Krasniqi, ‘aset’ baharu Harimau Malaya yang masih belum berpeluang untuk dipanggil, akan dipanggil.

Liridon Krasniqi memperolehi kerakyatan Malaysia pada Februari lalu dan penampilan sulungnya bersama skuad negara masih tertangguh. Beliau adalah antara pemain berpotensi untuk mengambil alih posisi Brendan Gan yang akan digantung perlawanan dalam aksi menentang UAE di pusingan kelayakan.

KREDIT FEATURED IMAGE: FAM

Baca lagi artikel mengenai Tan Cheng Hoe dan Malaysia:

Tan Cheng Hoe Mahu Manfaatkan Kehadiran Liridon Krasniqi

Tan Cheng Hoe Jangkakan Impak Safawi Rasid & Pemain Yang Berada Di Luar Negara

Adakah Kalonda Lebih Baik Dari Pemain Tempatan Untuk Mewakili Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN