Tan Cheng Hoe Belum Fikir Untuk Bimbing Skuad B-23 Negara

Tan Cheng Hoe

Status selaku pengendali skuad Bawah 23 dan pasukan senior kebangsaan pada masa yang sama belum lagi difikirkan oleh Tan Cheng Hoe.

Sebaliknya, laporan Sinar Harian pada hari ini berkata Cheng Hoe hanya mahu memberikan fokus kepada tiga perlawanan penting skuad Harimau Malaya di Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe Malaysia Latihan
FOTO: FAM

Bermula Mac sehingga Jun akan datang, pasukan negara kendalian jurulatih berusia 51 tahun itu akan berhadapan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, dan juga Thailand – lawan yang dianggap sukar untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

“Fokus saya ketika ini adalah kepada pasukan Harimau Malaya kerana untuk tahun ini ada tiga perlawanan penting yang perlu dihadapi,” kata Cheng Hoe.

“FAM pun sudah ada jelaskan perkara ini, jadi tugas saya sudah tentu untuk memastikan kemaraan pasukan negara dalam pusingan kelayakan.

“Lagipun, skuad B-23 tiada kejohanan yang besar perlu diharungi tahun ini, jadi saya hanya turuti sahaja apa yang dimahukan FAM,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Foto: FAM

Formula melantik Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan untuk mengendalikan skuad B-23 negara bukanlah perkara asing dan tidak pernah diamalkan oleh pasukan lain sebelum ini.

Vietnam di bawah kendalian Park Hang-Seo adalah antara negara yang berjaya menampilkan pasukan senior dan B-23 yang berjaya memberi cabaran di setiap kejohanan yang disertai.

Namun timbul juga kebimbangan jika Cheng Hoe akan terbeban dan tidak akan dapat menumpukan tugas kepada skuad Harimau Malaya.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN