Tan Cheng Hoe Bangga Persembahan Babak Kedua Harimau Malaya

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak menyembunyikan kegembiraan selepas anak buahnya berjaya membawa pulang tiga mata berharga pada perlawanan pertama Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Sedar sebahagian besar skuad kali ini dibarisi pemain muda, pengendali berusia 51 tahun itu mengakui pemain-pemainya gagal menyerap tekanan dalam perlawanan yang dianggap berintensiti tinggi kerana harus berhadapan puluhan ribu penyokong skuad Garuda yang dianggap agresif pada babak pertama perlawanan.

Namun demikian pemain tampil lebih tenang dan berani di babak kedua perlawanan, dan Cheng Hoe menyifatkan 45 minit kedua perlawanan sebagai antara persembahan terbaik yang pernah ditampilkan pasukan negara sejak dikendalikan beliau.

Malah ia juga merupakan kunci utama kepada kemampuan pasukan negara bangkit selepas ketinggalan dua kali, sebelum membuatkan seluruh Indonesia ‘bungkam’ di halaman sendiri.

“Kita agak gementar kerana ini merupakan kali pertama hampir kesemua pemain skuad ini bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno. Satu persembahan terpuji dari setiap pemain terutama pada babak kedua.

“Mereka sangat fokus kepada perlawanan dan tiada perkara lain mereka fikirkan selain bermain dengan begitu baik. Ini satu daripada persembahan terbaik mereka,“ katanya pada sidang media selepas perlawanan semalam

Dalam perlawanan pada malam tadi, dua gol oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh, dan satu gol oleh Syafiq Ahmad memastikan Malaysia menang 3-2 ke atas Indonesia.

Kemenangan tersebut bermakna badi 15 tahun tidak pernah menang di Stadium Gelora Bung Karno turut terlerai – setelah kali terakhir berbuat demikian pada 2004.

Malaysia akan melayani kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN