Tan Cheng Hoe Akan Terus Pantau Prestasi Pemain Dalam Liga Malaysia

Tugasan pemain bersama skuad kebangsaan sudah pun selesai selepas membantu Malaysia menewaskan Timor Leste dengan aggregat 12-2 sekaligus menempah tiket ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023 kelmarin.

Bagaimanapun, pengendali negara, Tan Cheng Hoe akan terus memantau prestasi dan perkembangan anak buahnya bersama pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia supaya dapat membentuk barisan yang lebih bersedia untuk menghadapi lawan yang lebih kuat di pusingan kedua nanti.

Undian pusingan kedua kelayakan Piala Dunia akan berlangsung pada bulan Julai ini di Doha, Qatar dimana 40 pasukan akan diundi dalam 8 kumpulan (5 pasukan dalam satu kumpulan).

Ia juga bermakna Malaysia berpeluang berada dalam satu kumpulan dengan pasukan gergasi Asia yang berada di ranking dunia lebih tinggi.

“Saya sudah menasihati pemain supaya bersedia untuk peringkat seterusnya kerana ia bukan mudah dan kemungkinan besar kami akan menghadapi negara besar seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi dan Qatar.

“Tekanannya pasti lebih tinggi,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM

Namun ia tidak bermakna Cheng Hoe tidak akan memberi peluang kepada pemain lain yang tidak dipanggil kerana beliau perlu membentuk ‘squad depth’ mantap supaya tidak berdepan masalah mencari pengganti kepada pemain yang cedera.

“Kami mempunyai beberapa pilihan lain untuk menggantikan posisi Matthew Davies seperti Syahmi Safari dan Rizal Ghazali.

“Ia posisi yang tidak membimbangkan kami dan ketiga-tiganya saling diberi peluang untuk tampil bersama skuad negara,” tambahnya.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Azmil Azali mahu Tan Cheng Hoe memperbaiki benteng pertahanan skuad Harimau Malaya yang dilihat agak longgar meskipun mencatat kemenangan besar ke atas Timor Leste.

“Saya tengok bahagian pertahanan terutamanya ‘khayal’ menyerang dan lupa pada tugas bertahan.

“Sepatutnya sejak perlawanan pertama lagi kita tahu pemain Timor Leste sangat baik dalam membalas serangan. Namun, itu yang terjadi dalam kedua-dua perlawanan,” katanya dalam Harian Metro.

Pandangan beliau itu turut disokong oleh bekas penyerang negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang berpendapat benteng pertahanan perlu diperkemaskan lagi.

“Pada aksi kelmarin (Selasa) pertahanan kita agak kelam kabut ketika Timor Leste serang. Mereka perlu lebih bersedia dan tersusun jika bertemu lawan lebih baik selepas ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN