Di atas kertas, jurang perbezaan kemampuan pasukan sememangnya ketara. Thailand berada di kedudukan ke-109 dunia. Manakala pasukan negara pula menduduki tangga ke-159 di dalam senarai yang dikeluarkan oleh FIFA.
Esok, pasukan negara akan menanti kunjungan lawan mereka itu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menang sekali, dan tewas dua perlawanan sebelum ini bermakna Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe amat menyedari kepentingan untuk mengutip mata penuh dalam perlawanan menentang Thailand, diikuti Indonesia lima hari kemudian.
Info Tiket Malaysia lwn Thailand (Khamis, 14 November 2019)
* Pembelian secara online di www.tickethotline.com.my masih…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Monday, November 11, 2019
Thailand boleh dianggap sebagai pasukan serba lengkap di segenap posisi terutama di bahagian serangan. Skuad Gajah Perang itu turut disertai oleh beberapa pemain yang berpengkalan di luar negara.
Menyedari hakikat itu, Tan Cheng Hoe telah mengatur strategi terbaik agar Sang Gajah Perang mampu ditumbangkan oleh barisan pemain negara dalam perlawanan esok.
“Kita perlu tahu bagaimana hendak menghentikan mereka apatah lagi mereka dibarisi pemain hebat di bahagian serangan seperti Teerasil Dangda, Ekanit Panya, Chanathip Songkrasin dan Suphachok Sarachat. Sudah semestinya mereka bermain dengan laju,” ujar Tan Cheng Hoe kepada Arena Metro.
2 Hari Lagi
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe terus giat menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang…
Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Tuesday, November 12, 2019
“Kita menekankan pendekatan untuk tidak mudah kehilangan bola dan cepat ‘recover’ sekiranya kehilangan bola. Kita mesti tingkatkan serangan lebih berkualiti kerana Thailand juga memiliki pertahanan yang baik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.
Turut menagih bantuan dari penyokong pasukan negara demi meningkatkan motivasi pemain, Tan Cheng Hoe yakin barisan pemainnya kini bersemangat untuk turun ke padang untuk melaksanakan misi menewaskan Thailand.