‘Tampil Berbisa’-3 Kelab Malaysia Berpotensi Untuk Dapatkan Khidmat Abu Kamara

Penyerang import berbisa Kuching City iaitu Abu Kamara kini mula meraih banyak perhatian penyokong bola sepak Malaysia, selepas impak positif dipamerkan beliau di hadapan gawang gol bersama pasukan tersebut.

Kamara hadir dengan reputasi cukup baik selaku penjaring terbanyak Liga Premier musim lalu, setelah berjaya merekodkan 11 gol daripada semua penampilannya bersama pasukan tersebut untuk tahun pertama beliau di Malaysia.

Momentum tersebut ituditeruskan pula pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas Kamara meneruskan rentak positifnya selaku penggempur berbisa Kuching City, dengan tampil meledak 13 gol dalam semua pertandingan disertai pasukan tersebut.

Untuk aksi Liga Super sahaja, Kamara kini sudah mencatat 11 gol dan sudah pun menyamai rekod jaringannya dalam persaingan Liga Premier pada musim lalu.

Tampil dengan aksi cukup lincah selaku penyerang utama kelab, Kamara juga menjadi nadi penting untuk menggerakan serangan pasukan tersebut menerusi kreativiti dimiliki beliau.

Ketika ini, nama penyerang kebangsaan Liberia itu mula menjadi sebutan ramai penyokong tempatan selepas kagum dengan kualiti penyudah dimiliki pemain tersebut.

Untuk musim hadapan, kami sempat menyenaraikan tiga kelab yang dilihat berpotensi untuk cuba mendapatkan khidmat penyerang berusia 26 tahun itu.

Terengganu

Momentum semasa Sang Penyu kini boleh dianggap sangat menyakinkan selepas mereka berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia, menghuni kedudukan keenam Liga Super, serta belum mencatat kekalahan dalam dua perlawanan bagi saingan AFC 2023.

Namun, kualiti penyudah dimiliki pasukan tersebut masih kurang menyakinkan dengan mereka lebih bergantung harap kepada Ivan Mamut sahaja dan ketumpulan Sang Penyu mula mendapat kritikan sejak beberapa perlawanan lalu.

Abu Kamara Ada Peluang Untuk Pecahkan Rekod Gol Peribadi Musim Lalu

Malah, konsistensi penyerang tersebut juga sehingga kini masih lagi belum mendapat kepercayaan penuh segelintir penyokong dan komen di media sosial turut mencadangkan Kamara sebagai rekrut terbaharu buat Terengganu.

Kedah Darul Aman

Dua kali Kamara mengecewakan Kedah bagi saingan Challenge Cup untuk membuktikan dirinya lebih berbisa kini jika dibandingkan penyerang import Sang Kenari musim ini iaitu Ifedayo Olusegun.

Walaupun rekod jaringan semasa Ifedayo boleh dianggap positif, secara keseluruhan impak diberikan penyerang ini dalam menggerakkan serangan masih lagi tidak menyakinkan.

Pasukan tersebut bergelut dengan isu kualiti penyudah sejak awal musim selepas bekas pemain mereka iaitu William Lira gagal memenuhi jangkaan ramai di hadapan gol.

Ciri penyerang dimiliki Kamara jelas memenuhi kehendak diperlukan Sang Kenari sebenarnya menerusi kombinasi permainan serta kreativiti dimiliki bintang Kuching City itu kini jauh lebih menyakinkan jika dibandingkan Ifedayo.

Penang

Kemasukan penyerang baharu iaitu Abdul Abdeen Temitope jelas memberi kekecewaan penuh buat Penang selepas pertengahan musim 2023, selepas pemain tersebut gagal memberi impak diinginkan mereka.

Prestasi semasa Penang boleh dianggap cukup tidak menyakinkan di segenap posisi sebenarnya, dan kualiti penyudah mereka antara paling dirasai kini.

Pasukan kendalian Chong Yee Fatt itu kini dilihat lebih banyak bergantung harap kepada Soony Saad untuk menggerakan serangan dan rombakan perlu dibuat musim hadapan untuk menyelesaikan isu penyudah dengan Kamara mungkin sesuai sebagai cadangan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN