Tammy Abraham Dalam Dilema, England Atau Nigeria

Jurulatih England, Gareth Southgate mempunyai perancangan untuk memasukkan nama Tammy Abraham dalam senarai pemain untuk perlawanan Kelayakan Eropah.

Namun begitu, penyerang Chelsea yang baru menyambut hari jadi ke-22 berkenaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu bermain untuk skuad senior England ataupun Nigeria.

Abraham sudah mewakili England untuk pelbagai kejohanan di peringkat remaja dan pernah dipanggil oleh Southgate untuk bermain dalam dua perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Brazil pada tahun 2017.

https://twitter.com/footblab/status/1178796115887570946?s=20

Tetapi Abraham masih berpeluang mewakili skuad kebangsaan Nigeria kerana bapanya berasal dari negara itu dan beliau masih belum bermain untuk pasukan senior England dalam sebarang perlawanan kompetitif.

“Saya sayang pada kedua-dua negara. Ianya amat sukar apabila kedua-dua negara mahukan saya. Ini menunjukkan di Chelsea saya berada di landasan yang tepat. Saya mahu pastikan ianya berterusan. Masanya akan tiba”

Saya tidak pasti. Saya benar-benar dilema dan masih belum membuat keputusan lagi. Saya mahu tumpu pada kelab [Chelsea] saya sekarang.”

“Saya membesar di sebuah kawasan yang penuh dengan budaya dan latar belakang Afrika. Malah di dalam bilik persalinan sekalipun, kami mendengar Afrobeats [lagu rentak Afrika].

“Jadi kamu perlu sedar yang Nigeria adalah sebuah negara yang besar pengaruhnya di dalam dunia global.” kata Abraham kepada Sky Sports.

Seorang lagi pemain Chelsea, Fikayo Tomori yang lahir di Canada juga boleh mewakili skuad Nigeria kerana ibu dan bapanya juga berasal dari negara Afrika berkenaan. Pemain berusia 21 tahun itu sudahpun mempunyai 15 kaps bersama skuad B-21 England setakat ini.

Kredit Foto: BBC

Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kedua-dua pemain berkenaan tiada dalam perancangannya.

“Kedua-dua pemain itu adalah pemain yang hebat, tetapi kita perlu membuat persiapan segara tanpa mereka. Saya lihat mereka tidak begitu berminat untuk membincangkan soal tersebut dan kita perlu menghormati keputusan mereka.” kata Rohr.

Skuad kebangsaan Nigeria mempunyai ramai pemain yang mewakili England ketika usia remaja tetapi membuat keputusan untuk mewakili negara asal ibu bapa mereka.

Antaranya ialah Ola Aina, Sone Aluko, Joe Aribo, Alex Iwobi, Victor Moses, Shola Ameobi dan ramai lagi.

Hari ini, Gareth Southgate akan memuktamadkan senarai akhir skuad senior England untuk perlawanan menentang Czech Republic dan Bulgaria.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN