Quantcast

KOMUNITI

TAL2018: MD Besut Bakal Bertemu BTK FC Di Perlawanan Akhir

Saingan musim 2018 bagi Terengganu Amateur League (TAL2018) semakin menghampiri penghujungnya dengan perlawanan peringkat separuh akhir diadakan tempoh hari.

4 pasukan beradu kekuatan untuk mencari tempat ke perlawanan akhir dengan MD Besut bertemu dengan Markless ST dan BTK FC menentang CND FC.

MD Besut berjaya mara ke perlawanan akhir selepas mereka mengharungi aksi sukar menentang Markless ST.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Zainal Abidin itu, Markless ST mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol.

Namun begitu, tiada satu peluang yang berjaya diterjemahkan oleh pasukan tersebut ke bentuk jaringan gol.

Posted by Markless Soccer Team on Saturday, December 29, 2018

Kegagalan Markless ST menjaringkan sebarang gol dihukum oleh Akid Wahab pada minit ke-80.

Beliau menjaringkan gol hasil dari sepakan sudut untuk meranapkan impian Markless ST ke perlawanan akhir.

Lebih menarik, MD Besut layak ke perlawanan akhir dengan tidak tewas dalam mana-mana perlawanan liga dan piala TAL musim ini!

Lawan MD Besut di perlawanan akhir ialah BTK FC yang menewaskan CND FC dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Dalam perlawanan yang menyaksikan 5 kad kuning dihasilkan pengadil itu, CND FC terlebih dahulu di depan menerusi sepakan penalti Rozaimi Salim pada minit ke-11.

7 minit kemudian, Shaiful Rahimie berjaya menyamakan kedudukan untuk mengembalikan BTK FC dalam perlawanan ini.

Gol kemenangan BTK FC tiba pada minit ke-71 apabila pemain gantian, Hakimi Mazlan menjaringkan gol untuk pasukannya.

Rozaimi memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan di penghujung permainan menerusi sepakan penalti, namun sayang sekali sepakannya tidak berjaya menerjah jaring.

TAL akan menyaksikan juara baharu akan ditabalkan apabila MD Besut akan menentang BTK FC.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!