Saingan Terengganu Amateur League (TAL2018) diteruskan dengan semua pasukan terus memburu 3 mata dalam usaha memperbaik kedudukan liga mereka.
Jika pada minggu lalu kita menyaksikan beberapa pasukan memenangi perlawanan dengan jaringan besar, tetapi kali ini terdapat beberapa perlawanan yang memaksa pengadil melayangkan kad merah.
Liga Super
Aksi di Padang Sintetik Gong Badak menyaksikan Majlis Daerah Besut tewas tipis dalam pesta 6 gol menentang Real Chukai.
Real Chukai yang menunjukkan kualiti mereka sebagai pasukan yang ampuh di bahagian serangan pada minggu pertama apabila kali ini mereka menjaringkan 3 gol pula.
Muslihuddin Atiq menjaringkan 2 gol untuk Real Chukai dalam perlawanan ini sementara Muhammad Rahman menjaringkan 1 gol.
Sementara bagi MD Besut, Norsyazwan Safwan menghasilkan 2 gol dan Syahid Azrai menjaringkan 1 lagi gol untuk mereka.
Ayahanda FC terus kecewa dalam TAL2018 selepas mereka melepaskan 5 gol kepada PBSMT-Lenjeket.
Muhamad Hazazi dan Khairul Nizam berjaya menyumbat 2 gol sementara Badrul Amin menjaringkan satu lagi gol buat PBSMT-Lenjerket.
Sementara Ayahanda FC yang memboloskan 7 gol pada minggu lalu memperoleh 2 gol hasil jaringan Manaf Firdaus dan Mohamad Amir.
Berikut merupakan 3 keputusan lain untuk aksi Liga Super:
- Kebilal KKTRWT 0-2 BTK FC (Muhammad Hanafi 45’/Ibrahim Mat Rasid 85′)
- Island FC 0-0 CND FC
- Gemuda FC 1-2 Pemanis FC (Mohamad Zikry 79’/Wan Ismail ’18, Muhammad Saifuddin 57′)
Liga Perdana
Untuk aksi di divisyen 2 pula, terdapat dua aksi yang dicemari dengan layangan kad merah dan salah satunya melibatkan Real Grebar dan Delima Warriors.
Hal ini kerana, Muhammad Kamaruzaman dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan menggunakan 2 kaki ke atas pemain lawan.
Dalam masa yang sama, Real Grebar menang 2-1 hasil jaringan Muhammad Kamaruzaman dan juga Nik Aznil.
Sementara Tengku Ahmad Syafiq menjaringkan gol tunggal Delima Warriors.
Satu lagi perlawanan yang melibatkan kad merah adalah dalam perlawanan Raja Permin menentang DSPEX FC.
Syed Arif Hakimi menerima layangan kad merah dalam aksi perlawanan yang memihak DSPEX FC itu.
Mereka menang dengan jaringan 1-0 hasil sepakan penalti Izzul Fadhli.
Berikut merupakan keputusan lain bagi aksi Liga Perdana:
- MYXINI K.B. FC 0-1 Markless ST (Aiman Amran 85′)
- TDTD FC 0-3 ATFC Suhada (Azrul Azman 12′, Aqil Asyraf ’25, Amirul Hakimie ’35)
- SIXMA ABZ FC 0-1 TFFC JK United (Mohammad Syawal ’14)
Selepas 2 perlawanan..
Pemanis FC kini memintas Real Chukai yang keciciran mata sementara Ayahanda FC terus kecewa sebagai pasukan paling banyak bolos dalam saingan kali ini.
Di saingan Liga Perdana terdapat 3 pasukan yang masih lagi memperoleh rekod kemenangan 100%.