Quantcast

KOMUNITI

TAL2018: Juara Bertahan Real Chukai Tersingkir Di Suku Akhir

Fasa liga bagi Terengganu Amateur League 2018 (TAL2018) sudah berakhir dan kini tumpuan terarah kepada saingan Piala TAL pula.

8 pasukan bersaing dengan 4 dari divisyen Super dan Perdana merebut tempat untuk aksi ke separuh akhir.

MD Besut merupakan pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir apabila mereka menumbangkan ATFC Suhada dengan jaringan 1-0.

Lebih memeritkan buat ATFC Suhada kerana mereka tumbang dalam perlawanan ini pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi jaringan Syahid Azrai.

Juara bertahan, Real Chukai terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan TAL apabila tumbang dengan penuh kecewa ditangan BTK FC.

BTK FC cemerlang mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Real Chukai dengan empat penjaring berbeza menghasilkan gol.

Mereka memperoleh 2 jaringan dalam masa 3 minit apabila Ibrahim Rasid menjaringkan gol pada minit ke-23 sebelum Zulkifli Yusof menjadikan kedudukan 2-0 tiga minit selepas itu.

Shaiful Muda menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa kedua dan Badrul Awang melengkapkan hari gemilang BTK FC dengan gol pada minit ke-82.

2 lagi slot ke separuh akhir diisi oleh CND FC yang menewaskan DSPEX FC.

Muhammad Abdullah dan Mohamad Rozaimi cemerlang membantu CND FC untuk menewaskan DSPEX FC dengan jaringan 2-0.

Island FC pula kecewa selepas dikalahkan oleh Markless ST dengan menyaksikan layangan kad merah dilakukan oleh pengadil.

Aiman Amran meletakkan Markless ST di depan dengan jaringan pada minit ke-4.

Kemenangan mereka disahkan menerusi jaringan pada minit ke-88 oleh Syafie Abdul Rahman untuk membawa mereka ke separuh akhir.

Posted by Markless Soccer Team on Saturday, December 22, 2018

Namun begitu, Azizol Adnan bakal terlepas perlawanan separuh akhir bersama Markless ST apabila menerima kad merah selepas dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil.