Takut Dengan Liverpool Punca Bruno Fernandes Sengaja Kutip Kad Kuning Bertemu Bournemouth

Bruno Fernandes dikatakan sengaja mengutip kad kuning ketika aksi kekalahan memalukan bertemu Bournemouth malam semalam kerana takut untuk bertemu Liverpool.

Penyampai BeiN Sports, Richard Keys tampil menuduh ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes takut untuk berdepan Liverpool.

Keys menegaskan yang Bruno Fernandes sebenarnya sengaja mengutip kad kuning agar beliau digantung dan tidak boleh beraksi bertemu The Reds nanti.

Bruno Fernandes telah dilayangkan kad kuning pada minit-minit akhir dalam perlawanan yang memperlihatkan The Red Devils dibelasah 3-0 oleh Bournemouth.

Kad kuning yang beliau terima ketika aksi bertemu Bournemouth itu merupakan yang kelima beliau terima sepanjang musim ini.

Ia bermaksud Bruno Fernandes bakal menjalani hukuman penggantungan ketika aksi bertemu Liverpool di Anfield pada 17 Disember nanti.

Bintang kebangsaan Portugal itu telah menerima tiga kad kuning dari lima perlawanan pertamanya dalam saingan Premier League musim ini.

Beliau juga turut dilayangkan kad kuning ketika aksi kekalahan 3-0 Manchester United bertemu Manchester City pada Oktober lalu.

Kad kuning ketika bertemu Bournemouth menyebabkan beliau terpaksa menjalani hukuman penggantungan dan tak boleh diturunkan bertemu kelab yang teruk membelasah Man United musim lalu.

Sebaik melihat Bruno Fernandes dilayangkan kad kuning, penyampai BeIN Sports, Andy Gray dan Richard Keys terus membincangkan tentang hal tersebut.

Bekas bintang Aston Villa dan Everton, Gray, telah ditanya oleh Keys adakah beliau rasa Fernandes sebenarnya sengaja mendapatkan kad kuning itu.

“Memori dia tentang Anfield musim lalu sepertinya tak begitu bagus.”

Jelasnya.

“Dia melalui kesukaran yang teramat sangat di Anfield musim lalu.”

“Sekarang jika kamu tanya saya, adakah ketua pasukan Manchester United itu, dengan baki tujuh minit, dia sengaja dapatkan kad kuning supaya dia tak boleh digunakan oleh skuad dia dan penyokong di Anfield minggu hadapan? Saya harap tak. Saya harap tidak. Saya betul-betul kecewa kalau seorang pemain bola sepak lakukan itu.”

Gray kemudiannya bertanya semula soalan sama kepada Keys dengan menyatakan:

Gray:

“Adakah kamu fikir Fernandes tahu dia hanya ada satu kad kuning sahaja lagi sebelum digantung?”

Keys:

“Ya”

Gray:

“Adakah kamu fikir yang dia rasa macam ‘Saya dah lalui mimpi ngeri tahun lalu, kami tak bermain dengan baik, Liverpool pula sedang bermain dengan baik, jika saya dapat kad kuning, saya terlepas minggu depan.”

Keys:

“Ya. Dalam 10 minit terakhir, United dah berhenti bermain. Ia mungkin empat atau lima. Dia, saya rasa tahu yang minggu depan bakal menjadi hari yang malang untuk kelab bola sepak mereka.”

“Jika kita semua sepakat yang andai dia tahu kalau dia dilayangkan kad kuning dia akan digantung, maka saya tak boleh fikir senario lain yang mana saya boleh terima dia dapat kad kuning itu kerana dia panas. Itu tak berlaku.”

Gray:

“Ia bukan situasi panas kerana mereka dah kalah 3-0 dengan perlawanan berbaki lima minit sahaja lagi.”

Keys:

“Saya rasa dia tahu dia dapat kad kuning dan saya rasa dia tahu dia akan terlepas perlawanan itu. Itu bagi saya yang mendorong dia. Dia bukan kapten, dia bukan pemimpin. Kedudukan dia di sana telah dipersoalkan oleh ketua pasukan Manchester United yang sebenar seperti Roy Keane sepanjang musim ini.”

Selepas wisel penamat dibunyikan, Bruno Fernandes tampil menegaskan yang konsistensi merupakan masalah terbesar Manchester United sekarang.

“Kami kekurangan macam-macam hal dan kerana itu kita gagal dapat hasilnya hari ini.”

“Semuanya berada di tahap terendah berbanding perlawanan sebelum ini dan kerana itulah ketika kamu bermain bertemu pasukan seperti Bournemouth, yang sangat aggresif dan sentiasa pantas, mereka akan bagi tekanan dan kamu fikir ia bakal jadi mudah, kerana itu dapat hasil seperti ini.”

“Semuanya berada di tahap terendah. Kreativiti, pergerakan dan tempo masuk ke kotak. Kebiasaannya kami masuk dengan satu ke kedua pemain, tapi dalam perlawanan sebelum ini ramai yang akan masuk ke kotak untuk jaringkan gol.”

“Hari ini, ia seperti, macam saya kata. Semuanya berada di titik terendah. Kita tak konsisten dan itu adalah hal terpenting dalam bola sepak. Ia sangat penting untuk jadi konsisten dalam setiap perlawanan dan kita tidak seperti itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN