Takumi Minamino Kini Milik Liverpool

Takumi Minamino

Liverpool nampaknya sudah mengorak langkah bagi memperkasakan pasukan selepas berjaya melengkapkan perpindahan Takumi Minamino dari Red Bull Salzburg.

Kehadiran pemain skuad kebangsaan Jepun berusia 24 tahun itu dilihat mampu untuk menambah bisa di bahagian serangan kelab yang kini selesa menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bercakap kepada laman sesawang rasmi Liverpool FC, Minamino menganggap perkembangan terkini dalam kariernya itu sebagai mimpi yang menjadi nyata.

”Ia adalah mimpi, impian saya untuk menjadi pemain Liverpool dan saya sangat gembira kerana ianya telah menjadi kenyataan.”

”Untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris adalah salah satu daripada sasaran saya.”

”Saya merasakan ini [EPL] adalah liga kelas tertinggi di dunia. Saya berfikir sekiranya karier saya sebagai pemain bola sepak berjalan dengan lancar, satu hari nanti saya akan mampu untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.”

”Tetapi saya tidak pernah berfikir untuk bermain dengan pasukan ini [Liverpool] dan saya sangat gembira. Saya amat menantikan perkara ini.”

Takumi Minamino berjaya menjaringkan 64 gol hasil 199 penampilannya bersama Red Bull Salzburg. Di pentas skuad kebangsaan pula menyaksikan beliau telah membuat 22 penampilan dan menyumbat 11 gol buat Jepun.

Minamino secara rasmi akan diumumkan sebagai pemain Liverpool pada 1 Januari nanti dan akan memakai jersi bernombor 18 yang sebelum ini dipakai oleh Alberto Moreno.

Kredit foto: Liverpool FC

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN